Alhamdulillah, bru sahaja selesai menduduki exam JEE..jadual yang tidak menentu sepanjang penghujung infosys ini menyebabkan hak diri juga terabai.. Perlu lebih peka dn sensitif pada situasi yang pelbagai agar tidak menyalahi sunnatullah yang ditetapkan.
lebih kurang 9 hari lagi diri ni bakal menyelesaikan latihan pra praktikal infosys yang sudah 2 kali kusertai..dan sepanjang itulh kurasakan sungguh banyak perkara yang menjadi pengajaran dan pembelajaran kepadaku. suma hanyasanya jika aku betul2 mahu, aku perlu untuk ubah apa yang perlu..yang sememangnya padanya punya lebih banyak keburukan berbanding manfaatnya..
terkadang bukan disengajakan, cuma fitrah insani yang membuatkan segalanya kabur daripada pandangan.Aku tidak katakan bahawa diriku ini tiada khilafnya, kerana apapun jua yang berlaku,aku perlu sedar dan terus sedar, sedar(aware) akan apa jua yang mendatang..agar aku tidak mudah tewas dengan nafsu dan keinginan yang tak tentu.
wanita bisa menjadi fitnah yang paling besar sekiranya ia tidak 'aware' akan dirinya selalu..oleh kerana itulah perlunya untuk senantiasa perbaharui apa jua keadaan..'aware' perlu disusuli dengan 'refresh'..agar seiring dengan matlamat yang satu..iaitu bisa meraih Redho dariNya..
moga diri ini bisa mengerti akan situasi yang berlaku kala ini..dan bisa untuk merobah apa yang bisa diubah..bukan hanya seketika..tapi berterusan sampai ke akhirnya..
HENSHIN!!
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan