Selasa, 9 Julai 2013

Dia dah datang!!

Alhamdulillah berpeluang juga memasuki bulan Ramadhan yang penuh barakah tahun ini
InsyaAllah esok masuk hari ke-10 berada di bumi Sabah ini

perasaan berjauhan itu biasa. tidak mengapa. Cuma yang dirisaukan mutabaah amal dan zuq Ramadhan di sini. Almaklum sekarang menjalani latihan ala-ala di alam pekerjaan. Perlu ada kekuatan untuk bangkit dan membantu yang lain lantaran jadual dan suasana yang tidak mengambil kira sama ada Ramadhan atau tidak.

Bagaimanapun aku bersyukur kerana tadi berkesempatan juga solat tarawikh di surau asrama bersama pelajar2 ums. juga sempat bertadarrus dan berkongsi ilmu bersama-sama adik-adik ISA yang lain.Sungguh buatku rasa bersyukur sangat2 dikelilingi orang2 seperti ini. Terima kasih ya Allah.

Namun untuk hari2 kedepannya kami perlu menyusun dan merancang untuk Ramadhan kami.Agar kesibukan latihan tidak mengganggu kami untuk menunaikan ibadah dan berlumba2 melengkapkan mutabaah amal masing2.

26 hari Ramadhan yang bakal kami lalui di makmal komputer, membuatkan kami perlu kuat dan saling menguatkan. tiada suasana hingar bingar, tiada berita, tiada rasa, namun kami perlu juga mewujudkan 'Madrasah Ramadhan' itu. Agar ramadhan kali ini tidak menjadi suatu yang sia2 yang hanya berlalu begitu sahaja. Dunia yang terasing ini perlu kami manfaatkan. Hijrah yang kami lewati perlu kami pergunakan. Agar dapat kami ukur kental lemahnya kami. Agar dapat bina iman amal yang suci.

Mohon doa daripada rakan2. Agar kesibukan di sini tidak menjadi alasan untuk kami tidak berlumba2 membuat kebaikan. Agar 'letih' kami bergelumang assignment saban hari tidak menjadi sebab untuk kami 'letih' menghadap tuhan.

Tolong kami ya Tuhan. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin-Mu.
Marhaban Ya Ramadhan!




#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 1 Julai 2013

Genangan Kolam Itu

Alhamdulillah,selesai menyiapkan dokumentasi pembangunan sistem maklumat bahagianku. Sepatutnya mampu ku siapkan 2 hari sebelumnya. Namun masa tidak mengizinkan lantaran ada yang lebih aula perlu diselesaikan.

Saat ini, berada di Sabah bersama 15 orang lagi junior seangkatan menyahut cabaran latihan Infosys selama 34 hari. Taklimat yang diberikan cukup membuatkan darah kami berderau dek kegusaran yang melampau!Sungguh apa yang digembar gemburkan oleh rakan-rakan bahawa latihan ini perlu persediaan rapi fizikal dan mental.

Saat terbayang wajah bonda tercinta yang sempat berkolam matanya sewaktu menghantarku mendaftar di lokasi yang ditentukan. Sungguh aku juga hiba kerana ku tahu dia perlukanku. Namun lantaran aku mahu menjadi orang yang diperlukan ibu lah membuatku nekad dengan keputusanku untuk menerima tawaran ini. Sempat ku menegur ibu mengatakan bahawa aku tidak pergi jauh. Tapi hati ibu itu amat halus bila mengenangkan kedua-dua cahaya matanya berjauhan dengannya sewaktu hari jadinya.

Ya, peristiwa ini pernah berlaku suatu ketika dahulu. Tarikh yang sama namun tahunnya saja yang berbeza. Saat ketika aku membuatkan mata ibuku seperti tadi. Berkolam, tidak dapat menahan rasa walaupun dampaknya cuba untuk menyembunyikan daripada terlihat oleh ku.Namun ketika itu, bukan air mata itu yang ku mahu. Kerana itu air mata kekecewaan seorang ibu pabila anaknya tidak bisa menjadi seperti apa yang diinginkannya dan membanggakannya. Ya, pada tanggal lahirnya juga. Pada hari bermakna aku telah buat ibu kecewa!maafkan aku ibu!

Dan perkiraanku kala ini, walau ku tahu masa tidak boleh diundur, namun aku cuba untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membuatmu bangga pada tarikh yang sama. Yang mana kira-kira 3 tahun dahulu kau terluka, tapi aku mahu air mata kali ini adalah air mata bangga bahawa anakmu ini mampu berjaya!Percayalah duhai ibu!Tolong, jangan dipamer genangan kolam itu lagi kepadaku. Genangan kekecewaan suatu masa dahulu telah benar2 meranggut jiwa dan semangatku. Kini, aku mahu genangan tadi tumpah menjadi titisan bahagiamu. Kau harus percaya bahawa aku mampu!Buangkanlah jauh-jauh derita hatimu yang kau tanggung selama ini.Kerana bukan salahmu mendidikku, tapi aku yang tidak bisa menjaga diriku yang telah utuh dengan didikan darimu ibu!

Selamat hari lahir ibu. Doaku semoga kau sentiasa bahagia, sentiasa dirahmati, sentiasa dikasihi. Moga kau tabah dengan apa adanya kau kini. Kau adalah insan teristimewa!Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku!


Maafkan anakmu ini duhai ibu..



#nuhassilu biha birridho..#