Isnin, 17 Mac 2014

Amar Makruf Stail V2 : Picing telinga dan penuhi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog ini

Jadi harini saya nak kongsikan tips kedua untuk 'memancing mad'u'.

Saya fokuskan di ofis bagi mereka-mereka yang sedang praktikal terutamanya. Untuk kita menegur apa yang salah atau yang tidak berkenan di mata sememangnya memerlukan keberanian dan bukanlah satu kerja yang mudah.

PICING TELINGA DAN PENUHI.

ini lebih kepada langkah-langkah perlahan atau step-by-step untuk memastikan kita mudah ngam atau selesa dengan orang-orang di sekeliling kita. Kita ingin pastikan keserasian kita dengan mereka. Agar mereka tidak rasa 'gap' dengan kita yang mungkin ada yang melihat kita seolah-olah 'anti sosial' dan mungkin seperti melihat kita tidak mahu bergaul dengan mereka.

Terkadang mereka menunjukkan sedikit minat terhadap sesuatu perkara. Tetapi mungkin hanya disebut seperti angin lalu. Kalau yang kita mampu, contohnya teringin makan sesuatu, cuba kita bawakan kepada mereka dalam bentuk 'hadiah'. Semestinya mereka tidak akan menyangka yang kita alert dengan apa yang mereka inginkan!

Sejurus itu, semakin kita mencuba apa yang kita mampu, dan berusaha sedayanya, mereka akan berasa segan dengan apa yang telah kita lakukan.

Kalaupun mereka bertanya,

"Kenapa awak ni baik sangat dengan saya?Awak ada nak apa2 ke dari saya?"

Jawablah sebaiknya lebih kurang seperti ini;

"Saya tak mahu apa-apa dari awak. Saya hanya sayangkan awak kerana Allah" :)

kadang2 tak semua perkara atau teguran itu perlu secara lisan. Mungkin ada yang egois dan sukar untuk menerima teguran lebih2 lagi daripada yang lebih muda. Cuba pikat hati mereka dengan akhlak dan perbuatan. Pasti lama-kelamaan ia akan mengikut apa yang baik dan malu dengan perbuatan yang kurang baik.

Dan ingat!jangan putus doa pada Allah ya.

Sebab dia yang memegang hati-hati manusia=)





#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 6 Mac 2014

Amar Makruf Stail V1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Post ini bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan salah satu cara 'menegur' atau menyampaikan kebaikan.Sebagai contoh, bila masing-masing sekarang sibuk menjalani latihan industri, pasti ada saja masalah yang dihadapi di tempat kerja.Nak tegur tapi status sebagai 'Budak Praktikum' kadangkala membataskan kuasa untuk menggunakan lidah untuk berbicara.

Hari ini saya cuba suatu perkara secara tidak sengaja. Dengan membawa majalah Gen-Q yang bertemakan 'zina'..saya meletakkan di atas meja sewaktu menguruskan sesuatu hal.Dengan tidak semena-mena, seorang demi seorang membuka buku tersebut..ada yang membacanya, ada yang menyelak-nyelak muka surat demi muka surat..sehingga sekarang hampir 5 ke 6 orang yang telah membukanya termasuklah staff yang singgah ke 'department' saya!


Untuk menarik lagi perhatian mereka, saya meletakkan sebekas kecil coklat dan mempelawa mereka untuk mengambilnya sahaja walaupun saya tiada di tempat. Alhamdulillah, walaupun cara ini tidak berapa dapat meyakinkan diri sama ada semua dari mereka membaca atau tidak, namun dengan melihat kepada buku tersebut misalnya sedikit sebanyak ia dapat membuatkan mereka berfikir sejenak dan muhasabah dengan tingkah mereka baik di dalam pejabat atau di luar waima dengan hanya membaca tajuk 'Jerat Zina' itu..

memang pada mulanya ada yang bertanya-tanya, siapa yang baca buku ini?seperti asing bagi mereka..namun mereka tetap tanpa sengaja menunjukkan minat untuk membaca dalam kekerutan muka yang seolah-olah tidak berminat.

"Berzina bukan suatu kebetulan"
salah satu tajuk kecil yang dibaca secara kuat oleh seorang staff yang singgah ke sini.
"Jadi berzina ini suatu perancangan ke?"
timbul persoalan dari salah seorang temannya,
membuatkan dia lebih berminat untuk membaca isi kandungannya.

Banyak lagi cara yang saya ingin kongsikan nanti. Marilah kita sama-sama berusaha dari hari ke hari moga niat kita untuk menyebarluaskan kebaikan tidak hanya sekadar niat bahkan lebih kepada tindakan yang diambil ke arah itu.

Jika rakan2 mempunyai teknik dan cara yang lain boleh juga dikongsikan
semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya
sekian=)

#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 5 Mac 2014

Rezeki berganda

•Rezeki Allah hadir dari arah yang tidak disangka-sangka!•


Dua hari lepas,aku ke kedai untuk membeli topup..lantaran mengingatkan tentang intipati buku "Mudahnya menjemput Rezeki" yang dibaca pada minggu lepas,yang menyarankan untuk kita bersedekah lagi2 sewaktu 'tiada'..

Memikirkan tentang duit elaun dan biasiswa yang masih tidak masuk2 sampai sekarang,ku cuba untuk menginfakkan sedikit rezeki yang ada dengan men 'topup' sebanyak RM5 kepada hp seorang sahabat..

Bila ditanyakan ku hanya menjawab, "ambillah,untuk 'pelaburan' kemudian hari.."


Pagi ini rezeki yang tidak disangka2 itu kunjung tiba!

Alhamdlh seseorang telah memberiku RM50..


Aku hanya mampu mngucap syukur..


Benarlah makin kita beri makin kita kaya,dengan izin Dia!^_^