Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Post ini bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan salah satu cara 'menegur' atau menyampaikan kebaikan.Sebagai contoh, bila masing-masing sekarang sibuk menjalani latihan industri, pasti ada saja masalah yang dihadapi di tempat kerja.Nak tegur tapi status sebagai 'Budak Praktikum' kadangkala membataskan kuasa untuk menggunakan lidah untuk berbicara.
Hari ini saya cuba suatu perkara secara tidak sengaja. Dengan membawa majalah Gen-Q yang bertemakan 'zina'..saya meletakkan di atas meja sewaktu menguruskan sesuatu hal.Dengan tidak semena-mena, seorang demi seorang membuka buku tersebut..ada yang membacanya, ada yang menyelak-nyelak muka surat demi muka surat..sehingga sekarang hampir 5 ke 6 orang yang telah membukanya termasuklah staff yang singgah ke 'department' saya!
Untuk menarik lagi perhatian mereka, saya meletakkan sebekas kecil coklat dan mempelawa mereka untuk mengambilnya sahaja walaupun saya tiada di tempat. Alhamdulillah, walaupun cara ini tidak berapa dapat meyakinkan diri sama ada semua dari mereka membaca atau tidak, namun dengan melihat kepada buku tersebut misalnya sedikit sebanyak ia dapat membuatkan mereka berfikir sejenak dan muhasabah dengan tingkah mereka baik di dalam pejabat atau di luar waima dengan hanya membaca tajuk 'Jerat Zina' itu..
memang pada mulanya ada yang bertanya-tanya, siapa yang baca buku ini?seperti asing bagi mereka..namun mereka tetap tanpa sengaja menunjukkan minat untuk membaca dalam kekerutan muka yang seolah-olah tidak berminat.
"Berzina bukan suatu kebetulan"
salah satu tajuk kecil yang dibaca secara kuat oleh seorang staff yang singgah ke sini.
"Jadi berzina ini suatu perancangan ke?"
timbul persoalan dari salah seorang temannya,
membuatkan dia lebih berminat untuk membaca isi kandungannya.
Banyak lagi cara yang saya ingin kongsikan nanti. Marilah kita sama-sama berusaha dari hari ke hari moga niat kita untuk menyebarluaskan kebaikan tidak hanya sekadar niat bahkan lebih kepada tindakan yang diambil ke arah itu.
Jika rakan2 mempunyai teknik dan cara yang lain boleh juga dikongsikan
semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya
sekian=)
#nuhassilu biha birridho..#
2 ulasan:
Di UK, ada disediakan rak untuk diletakkan/diwakafkan buku di perhentian bas dan metro.
Setelah seseorang itu selesai membaca buku yang dibelinya, ditinggalkan buku itu di stesen tersebut untuk orang lain membacanya pula.
Budaya membaca segar di sana.
Alhamdulillah.
perkongsian yang menarik saudara Tengku Khairul Idham.
mungkin kita boleh praktikkan dalam Malaysia sendiri.
Cuma budaya membaca buku kini di tahap yang membimbangkan lantaran ramai yang sudah punya kemudahan untuk mencari dan membaca terus dari telefon atau tablet mereka.
Sama-sama kita usaha dan mendoakan agar buku tidak lapuk dek zaman
Catat Ulasan