Isnin, 17 Mac 2014

Amar Makruf Stail V2 : Picing telinga dan penuhi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog ini

Jadi harini saya nak kongsikan tips kedua untuk 'memancing mad'u'.

Saya fokuskan di ofis bagi mereka-mereka yang sedang praktikal terutamanya. Untuk kita menegur apa yang salah atau yang tidak berkenan di mata sememangnya memerlukan keberanian dan bukanlah satu kerja yang mudah.

PICING TELINGA DAN PENUHI.

ini lebih kepada langkah-langkah perlahan atau step-by-step untuk memastikan kita mudah ngam atau selesa dengan orang-orang di sekeliling kita. Kita ingin pastikan keserasian kita dengan mereka. Agar mereka tidak rasa 'gap' dengan kita yang mungkin ada yang melihat kita seolah-olah 'anti sosial' dan mungkin seperti melihat kita tidak mahu bergaul dengan mereka.

Terkadang mereka menunjukkan sedikit minat terhadap sesuatu perkara. Tetapi mungkin hanya disebut seperti angin lalu. Kalau yang kita mampu, contohnya teringin makan sesuatu, cuba kita bawakan kepada mereka dalam bentuk 'hadiah'. Semestinya mereka tidak akan menyangka yang kita alert dengan apa yang mereka inginkan!

Sejurus itu, semakin kita mencuba apa yang kita mampu, dan berusaha sedayanya, mereka akan berasa segan dengan apa yang telah kita lakukan.

Kalaupun mereka bertanya,

"Kenapa awak ni baik sangat dengan saya?Awak ada nak apa2 ke dari saya?"

Jawablah sebaiknya lebih kurang seperti ini;

"Saya tak mahu apa-apa dari awak. Saya hanya sayangkan awak kerana Allah" :)

kadang2 tak semua perkara atau teguran itu perlu secara lisan. Mungkin ada yang egois dan sukar untuk menerima teguran lebih2 lagi daripada yang lebih muda. Cuba pikat hati mereka dengan akhlak dan perbuatan. Pasti lama-kelamaan ia akan mengikut apa yang baik dan malu dengan perbuatan yang kurang baik.

Dan ingat!jangan putus doa pada Allah ya.

Sebab dia yang memegang hati-hati manusia=)





#nuhassilu biha birridho..#

Tiada ulasan: