Khamis, 31 Mac 2016

Keegoan

Keegoan itu satu perkataan yg x asing lg..satu perasaan atau sikap peribadi yang sememangnya ada pada setiap insan, yang tinggi rendahnya bergantung pada individu itu sendiri..

Dengan keegoan yg direndahkan terkadang bisa memulihkan hubungan yang tak berapa baik, mampu mengikat kembali tali persaudaraan yang terlalu lama merapuh..membuatkan hati2 yang mendambakan kasih sayang sedikit sebanyak bisa terubat.

Ya, mungkin natijahnya tidak sebaik sebelumnya..tapi setidaknya makin memberikan pengertian kepada jiwa-jiwa insani untuk lebih meneliti dan memahami.

Kerana hikmah Allah itu terlalu berselirat rahsianya..
Tidak lain tidak bukan hanya untuk memberi manfaat dan kebaikan buat mereka yang sabar dan tahu erti syukur.


Tiada ulasan: