Sabtu, 16 Mei 2009

"SYAHADAH"




definisi = Pengetahuan,penerangan,pengkhabaran,pernyataan,pengisytiharan.

Syahadah merupakan pra-syarat utama untuk betul-betul memasuki Islam.Kalimah syahadah merangkumi aspek;

1.ikrar
2.iqtikad (pengakuan)
3.iktiraf

ayat "ash hadu alla ila ha illallah..wa ash hadu anna muhammadarrasulullah " yakni kalimah syahadah adalah penafian terhadap tuhan-tuhan palsu yg lain seperti berhala,matahari dan sebagainya.
Ianya turut merangkumi segenap aspek dalam kehidupan sebagai seorang muslim iaitu;

1. Tempat bergantung dan matlamat perhatian
2. Sebagai tempat tumpuan kecintaan
3. Sebagai tempat perlindungan
4. Sebagai pemberi rezeki
5. Sebagai sumber perundangan

perkara-perkara yg membatalkan syahadah

1. Sujud kepada makhluk.
-Jika dahi telah mencecah tanah,secara automatik menjadi kafir walaupun hanya sebagai lakonan.
2. Menyembelih binatang atas nama makhluk
3. Membuang al -quran /kitab-kitan syara' ketempat yg bernajis
4. Tunduk/rukuk kepada makhluk dengan khasad
5. Perkataan-perkataan atau lafaz yang menyebabkan murtad/syirik
6. Mendustakan nabi
7. Tidak percaya kepada hari akhirat
8. Mendustakan kebenaran (contoh seperti aurat,solat dan hukum hakam yg lain)
9. Melafazkan kalimah-kalimah kufur
10.Menyangkal ayat al-quran (tidak menerima ayat al-quran)
11.Meremeh-remehkan sunnah nabi
12.Menghalalkan yang haram
13.Menafikan perkara-perkara yg tetapkan wajib
14.Mengaku dirinya nabi.(contoh seperti Musailamatul kazab)
15.Orang yg berangan-angan utk menjadi kafir
16.Mengesyaki dirinya kafir
17.Meremeh-remehkan hukum Allah
18.Mempersendakan lafaz "bismillah hirrahman nirrahim"
19.Mempermain-mainkan tuhan
20.Mengibaratkan perangai satu-satunya org kafir lebih baik dari orang Islam.

kesimpulan :. Syahadah merupakan satu pengsiytiharan seorang mukmin untuk bertuhankan hanya kepada Allah.Sebagai hamba-Nya,kita perlu mengikuti segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya.Dalam kehidupan seharian,kita perlu berhati-hati dalam melakukan/mengucapkan sesuatu perkara kerana mungkin hanya dengan sepatah ucapan,syahadah kita terbatal walaupun secara tidak sedar.Nauzubillah himin dzalik.Sama-samalah kita memohon keampuanan dan keredhan Allah dalam meneruskan kehidupan sementara ini.

wallahua'lam

dipetik daripada..usrah online..

Sabtu, 9 Mei 2009

KISAH PEMUDA YANG BERNAMA 'UZAIR

Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.

Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.

"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.

Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal 'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.

Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga 'Uzair hidup kembali seperti dahulu. 'Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.

Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?"

Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari."

Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."

Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."

Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"

"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata.

'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali."

Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambunya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."

"Uzair pun mendaha kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.

Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair."

Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."

'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu sahaja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur'an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.

Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.

1

Jumaat, 1 Mei 2009

upu...alhamdulillah..

bismillah..segala puji bagi Allah...dan junjungan besar Muhammad SAW....
tadi ana cek upu..alhamdulillah..ana dapat USIM..dentist..tapi tadi ana tanyela kat senior ana..die kate susah gak..coz plaja medic n dentist nih jadual die agak padat..hmm....papepun ..ana bersyukur sangat dapat selangkah menuju ke hala tuju hidup,,,ana ader gak dapat tawaran koe Al-Azhar kos pengajian Islam...bawah tajaan amanahraya..tapi ana tak pergi kot..jauh sangatla pulak..cian kat mak ana..ana dahla anak sulung..dua bradik je..Malaysia pun apa kurangnya..betul tak??guru semalan ana gi interbiu..tapi tak tau lagi macam mane..tapi..ana senanyer masih bingung nak pilih tuk pergi ke mane..ke matrik ker..ke USIM ker..Al-Azhar ke..guru ker..hmm...kene Istikhoroh dan tawakkal kepada Allah..moga Allah memberikan yang terbaik tuk ana tuk membuat pilihan..wallahua'lam..

p/s:sepada sahabat2..sesiapa yang dapat USIM gak..bolehla kongsi ngan ana..bgitaula ye..wassalam..

Ahad, 26 April 2009

siapa lebih kuat ingatan?


Washington-wanita patut bersyukur dengan perkhabaran ini!satu penyelidikan mendapati, kaum wanita nyata mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding lelaki dalan keadaan tertentu. pakar psikologi, Agenta Herlitz dan Jenny Rehnman, di Stockholm, Sweden mendapati wanita boleh mengatasi lelaki dalam tugasan memori berkaitan kata-kata seperti meningati perkataan, objek, gambar, atau peristiwa seharian.
Penyelidikan juga mendapati, lelaki boleh mengatasi wanita dalam mengingati simbol, maklumat bukan berbentuk bahasa, yang dikenali sebagai proses visuospital. menurut mereka, hasil kajian menunjukkan, seorang lelaki berkemungkinan dapat mengingati jalan keluar dari hutan berbanding wanita.
Bagaimanapun, kajian mereka juga menunjukkan wanita lebih berkemungkunan mengingati lokasi kunci kereta, yang membabitkan kedua-dua proses kata-kata dan visuospatial berbanding lelaki.

Khamis, 23 April 2009

temuduga perguruan..

bismillahirramanirrahim..memule ana takut jugak nak cek..tapi alhamdulillah..ana berjaya jugak..30 hb 4 nih..ana akan pergi ke ipg lembah pantai..ader temuduga guru kat saner..ana ambil bidang pengajian islam/bi/bahasa arab..arab rakan2 dapat doakan ana..cuak kebenarnye..hmm..ana kene ciapkan resume n ujian lisan dulu...dokumen2 len pun blom ciap lagi..jadi..terpaksalah ana stop jap..hmm..tawakkal ..itu je yang ana mampu setelah ana brusaha...matrik ana dapat matrik mlake..tak tau nak pergi ke tak..tunggu upu dulu..apepun..harap Allah beri petunjuk pada ana uhtuk buat pilihan yang bijak..wallahua'lam..

Sabtu, 18 April 2009

sehari di pesta buku...

bismillahirrahmanirrahim..
terlebih dahulu..ana nak mintak maaf kepada semua coz dah agak lama tak menuliss..
intenet kat umah ana ader problem..
dah sminggu ana tak bukak..
alhamdulillah...arini dah dibetulkan..spupu ana tolong..
hmm..
td..ana dan kawan2 pergi ke pwtc..
hari ini baru ari pertama..
tapi..sambutan amat menggalakkan..
ana bukan apa..
pilih hari ni coz tak brape sesak sangat..
hari kerja..
hmm..
ana ni memang pantang tengok buku banyak2..cepat rambang mata....
tak terperanjatla jika ana kate ana dah abih rm250++ hari ni(termasuk t-shirt ana muslim ana n adik ana -+100..)
mungkin antum kate ana nih boros..
tapi..bagi ana..duit kite infaq tuk ilmu amat berbaloi...ntuk diri dan orang lain..
lagipun..
bukan slalu dapat bli buku..
ana memang truja sangat..
subhanallah!!!
tak terkata..tu pun tak abih lagi pysing arini..
baru setengah..
dari kol 10 hingga kol 4 ptg..
ana abihkan awal sket coz taknak sesak dalam tren..
nanti jadi macam aritu(tyme exhbtn mara)..
mengucap panjang ana dibuatnye..
hmm..
arini..dr faizal datang..
ada majlis pelancaran kamus besta terbaru..
bagus jugak..
10 bahasa..
kumpulan inteam pon ada tadi..
dan ustaz zamri "MANTOP"
ramai ambil kesempatan ambil gambar beliau..
ana tak sempat coz agak letih tadi..
malas nak kuarkan kamera..
tp..adela beberapa gambar yang sempat ana rakamkan di sana dan barang2 yang ana sempat bli..

ni gambar ana ngan rabiatul..saje tanggap kat depan tu..nak amik scene buku2 arab..
rabi,ana dan yana...madihah takder,,die tangkapkan gambar kami..

ni baju ana muslim yang sempat ana bli..

dari dekat..gambo kat bawah baju tu..comel kan?
ni baju ana bli ntuk adik ana...
gambar ana ambil dari dekat..
dah lame ana carik buku nih..alhamdulilllah..ketemu jua..
ni untuk ibu ana...yang ana saaangat sayang...
antarakoleksi halwa telinga yang ana dah borong...hehhe..ni cenderahati ana dapat tyme bace artikel jawi kat tempat perpustakaan negara..

ni hadiah istimewa dari sahabat ana sempena hari jadi ana yang ke 18..syukran yana..yana tu sedare kembar..coz lahir ari yang same..hehhe..
antara koleksi buku2 yang sempat ana bli..
ana pun tak tau kenape..tapi ana minat buku sastera dan hikayat2 lama..
majalah kesukaan ana..tak leh miss nih..bulan Mei nyer..dah kuar??hmm..plik2..
ana nih ske kumpul lencane2 ni jugak.tu yang borong gak tu..ai..nak letak mane nih ye..hmmm..
antara cenderahati2 yang ana dapat...dari dekat..salah satu yang menarik minat ana ntuk nak kongsi ngan antum sumer..

Das ist alles fur heute..ana rase,,cukuplah setakat ini coretan ana..ada umur...ana akan menulis lagi..insyaAllah..diharap dapat menarik minat antum semua ke pameran buku....marilah sama2 kita mengejar ilmu..naltaqi marrotan ukhro...wallahua'lam..

Isnin, 6 April 2009

Ikhwah

Ikhwah
www.weluvislam.com

By : syIdA_007


Ikhwah...?

"Hei... aku sudah ikut mentoring"

"Aku sudah liqo"

"Aku sudah tarbiyah"

"Aku adalah ikhwah"

Mengapa kau bangga menyebut dirimu sebagai seorang ikhwah?

Padahal kelakuanmu tak ubahnya sampah..

Boro-boro shalat tahajud

Shalat wajib pun kau malas mengerjakannya

Lalu bagaimana dengan shalat berjama'ah?

Ah, serasa mimpi saja

Apalagi untuk sekedar membaca surat cintaNya

Huh... enakan baca novel, cerpen, atau komik

Lebih asyik dan menghibur

Daripada membekali diri dengan buku-buku islami

Benarkah engkau sudah ditarbiyah ?

Kalau dengan lawan jenis kau begitu tak terjaga

Matamu berkeliaran, entah kemana hatimu

Saat ada tangan lembut seorang wanita yang tersodor kepadamu

Engkaupun menyambutnya dengan hangat dengan dalih

agar ke'ikhwahan' mu tidak

turun derajatnya

Kau begitu pemilih dalam berdakwah

Mana yang bisa kau jadikan tempat penghidupan

Padahal justru dakwahlah yang harus kau hidupkan

Kau begitu pemilih dalam dakwah

Betapa nikmatnya bertaushiyah dengan sang lawan jenis

Lagi-lagi dengan dalih dakwah

Padahal entah berapa banyak teman-temanmu sejenis

yang lebih membutuhkan bimbinganmu

Bukanlah seorang ikhwah, orang yang tidak terjaga lisannya.

Bukan pula seorang ikhwah, orang yang tak bisa menjaga mata dan hatinya

Dari yang diharamkan Allah...

Bukanlah seorang ikhwah, orang yang begitu mudah mengeluh

Padahal ia memiliki Allah sebagai Pembelanya

Apakah pantas engkau mengaku sebagai seorang ikhwah ?

Padahal akhlaqmu begitu jauh dari akhlaq yang sesuai dengan perintahNya?

Benarkah engkau seorang ikhwah

Padahal engkau begitu malas beribadah kepadaNya?

Sekali lagi, kutanya kepadamu

ikhwah kah dirimu

Padahal amalanmu begitu ternoda dengan tujuan duniawi

Tiada sedikitpun engkau beramal kecuali mengharap

pujian dan balasan dari manusia

Tidakkah engkau malu telah berbuat begitu, wahai

engkau yang mengaku sebagai ikhwah?

Apa yang kau lakukan saat ini?

Ketika orang lain tengah berpeluh karena berdakwah

Dan yang lainnya begitu letih meyeru kebaikan

Apa yang sudah kau lakukan?

Menjadi komentator dakwah,

Atau turut melaju bersama putarannya?

Lalu, wahai orang yang mengaku dirinya sebagai ikhwah

Dimana engkau telah kubur hatimu?

Hei, sadarlah! Bangunlah!

Sebelum ajal menjemputmu. ..