Jumaat, 26 Mac 2010

mimpi atau realiti???


bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..masih diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini



sekarang nih ana tengah dengar tazkirah dari saudara haris,classmate ana..



die bagi analogi begini..



bangun pagi...lapar..gi makan...pastu gi kuliah....naik bas..tyme on da way...kat selekoh...ada satu treler nih..penuh tong gas..tak berhenti....lepas tuh berlaku letupan....apa yang antum rase????sakit??takut??cuak??



tiba2...



rupa2nya mimpi kat lecture hall...lebih kurang 5 minit kite tido...



tp dalam mimpi..peristiwa 2 jam berlaku dalam 5 minit...



sok nyer....



kite buat rutin harian kita secara sama...sehari2an....sampai dewasa..kerja..kahwin..tua...mati..kubur....alam barzakh..



kita akan dibangkitkan...dan kita rasa apa yang kita lalui di dunia yang fana ini adalah mimpi...



oleh itu,,,,hakikat kita hidup sekarang,,mimpi atau realiti???



memang payah ntuk kite pk...



sebab ape yang kita lalui kat dunia nih...realiti..tapi sebenarnya mimpi...mimpi dalam realiti...realiti dalam mimpi....



KEHIDUPAN ADALAH MIMPI...KEHIDUPAN ABADI DI AKHIRAT SANA...



tp ramai yang tak sedar....rasa apa yang kita lalui skarang ini adalah kehidupan yang amat bermakna....



dalam surah mulk....ayat 2..



penerangan tentang hakikat kehidupa sebenar....



dan...



bila mana kita bangkit di padang mahsyar nanti..



adakah kita nak imbau 'mimpi' yang penuh kemaksiatan??



berbeza....



mimpi tidur kita..walaupun suka duka..buat maksiat...tp tak dipertanggungjawabkan....



tp 'mimpi' iaitu kehidupan skarang nih...ia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..



mimpi inilah yang akan menentukan kehidupan yang kekal abadi....



hanya orang yang tak berfikir sahaja yang mengambil keseronokan dunia yang sementara dan meninggalkan keseronokan syurga yang kekal abadi..



mimpi yang kita panggil kehidupan yang kekal abadi ini..perlu kita jaga....



surah albaqarah...ayat 81 dan 82....





KEHIDUPAN DI DUNIA INI HANYA UNTUK KITA MERAIH REDHA ILAHI.....WALLAHUA'LAM....


Sabtu, 13 Mac 2010

yang dicari tak mungkin lagi ketemu~innalillah...

Friday, March 12, 2010

Pelajar Perubatan Maut Jatuh Bangunan


Iskandariah 12 Mac – Seorang pelajar Malaysia dipercayai jatuh daripada tingkat empat sebuah bangunan apartment malam tadi. Mangsa merupakan pelajar jurusan perubatan Tanta dikatakan datang ke Iskandariah untuk tujuan ziarah. Pegawai MARA dan JPMK bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi. Pihak berkuasa Mesir sedang menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Saksi kini sedang berada di balai polis untuk memberikan keterangan.-mediaPERUBATAN


Update: Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah jatuh daripada tingkat empat. Jenazahnya ditempatkan di Mustashfa Mashrahah (Hospital Mashrahah). Ahmad Sarhan merupakan pelajar tahun satu jurusan perubatan Univeriti Tanta. Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan penyempurnaan jenazah mangsa.

Innalillahiwainnailaihirojiuun...
tak sangke kawan ana yang ana carik selama ini..

yang jadik best fren ana tyme kitorang same2 skolah rendah dulu..
dah kembali menghadap yang esa..

hmm..
serase baru ada niat untuk menjejaki teman baik ini..

hmm..
arwah dulu memang seorang yang baik..banyak membantu kawan..
walaupun pada ketika itu usia kami baru setahun jagung.. tp die lebih menunjukkan sifat2 kematangan dalam persahabatan..
ana asalnye dapat brite nih td..
tyme kawan ana kte kawan die meninggal...
x-saina n nibong tebal...
tp..ana just dengar2 camtu jela.. tak rase pun nak tanye name die..
td tyme ana online ym.. adela satu status nih tulih name die..
aik?cam kenal jer name tuh....


hmm..
ana pun try search kat tenet..

name penuh dah betul..
karakter n ciri2 pun kawan ana cerita seperti apa yang ana kenal
biau betol..ana try call ibu ana..
tanye coz die dulu tuh anak mrid ibu ana..
tanye kat kengkawan.. cntct ilyas,amir,zrah,lilah,nisah..
sumer tak dapat..
tak dapat..
akhirnye.. ana dapat jejak ms die..
salin emel n carik gambar kat fs ntuk pastikan...
coz slalunye name die memang jarang orang guner
tup2..
bukak foto..

"masyaAllah!!sahabat aku!!"


mati memang tak mengenal usia..
tak mengenal mase..
sape tahu.. satu ziarah bertukar kepada satu kehilangan..
semuanya kita kembali balik kepada yang maha esa..
kita tiada daya untuk menidakkan dan mengingkari apa yang telah berlaku... cume ape yang bermain kat minda nih..
dan membuatkan keinsafan menjelma..
bilalah gilirang aku pula..

bagaimanakah cara aku mati nanti..
papepun sahabat sekalian terutama sahabat2 sksb 97-03 moge sesame kite berdoa kat sahabat kite nih
...
AL-FATIHAH.....

Selasa, 9 Mac 2010

lukisan Alam..ciptaan yang Esa...

assalamualaikum kawan2...lame jugak dah
ana tak update blog nih...acum!!adeyh..dah bersin2..byk sangat habuk kat blog nih...huhu..maklumlah..last sem ntuk tamhidi nih..agak sebukla...tp jauh di sudut hati..memang rindu sangat kat blog nih...nak update,,tp tak berkesempatan...so skunk nih...just nak kongsi beberapa gambar pemandangan yang pernah ana tangkap...ana suke sangat tangkap gambar pemandangan..mungkin ada yang berpendapat..tak berfekdah...tp bagi ana..ia amat bermakna...sangat menenangkan..dapat menikmati ciptaan ilahi...tadabbur alam...subhanallah...insyaAllah...moga dapat memberi komen dan pandangan juga kritikan yang membina...k lah..nih just rehat jap daripada study..sok der tamsiliah...skrip pun tak habis edit lagi...huhu...oklah...harap dapat manfaat bersama...
kat cameron highlandpulang dari melakapemandangan dari kuarters guru








kat cameron
kat port dickson

yang ni gambar tangkap dari handphone..tak berape clear...kat bukit cahaya sri alam


#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 4 Februari 2010

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2010 ZON 4

USIM akan menjadi tuan rumah bagi program KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN)  JOM MASUK U TAHUN 2010 , ZON 4 yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 5 – 8  Februari 2010
Bersempena dengan Program KPTN 2010 ini, terdapat 3 aktiviti utama yang akan berlangsung iaitu:

1) Program Pameran KPTN Jom Masuk U 2010
Tarikh    :    6 – 7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa     :    9.00 am – 6.00 pm
Tempat  :    Stadium Tertutup Nilai
(Orang ramai dijemput hadir)

2) Program Taklimat Pelajar
Tarikh    :    6 – 7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa     :    10.30 am – 5.00 pm
Tempat    :    Dewan Kuliah Pusat 1-4, Dewan Kuliah FPQS

3) Program Forum kepada Kaunselor
Tarikh    :    5 – 8 Februari 2010 (Jumaat - Isnin)
Masa     :    8.30 am – 10.30 pm
Tempat    :    Concorde Inn KLIA
SEMUA IPTA, IPTS DAN PELBAGAI AGENSI BERKAITAN AKAN MENGADAKAN PAMERAN UNTUK MEMUDAHKAN PARA PENGUNJUNG MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN, TAJAAN & BIASISWA DAN SEBAGAINYA.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia Bersama KPTN 2010 Zon 4
Bahagian Pengajian Prasiswazah
06 7988329 / 8335 / 8145 / 8103
#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 2 Februari 2010

syoknya Hari keluarga apis!




bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah taala untuk mencoretkan secicip pengalaman...yang ana dapat semasa mengikuti program hari keluarga APIS ini...
ana rase tak perlulah ana nak cerita panjang tentang tentatif program kerana telah ana coretkan dalam blog BUDI ..alhamdulillah...banyak yang dapat ana pelajari..ana pada asalnya agak dilema kerana pada hari yang sama juga adanya 2 lagi program..yang kalau nak diikutkan prioriti..setaraf ketiga2 nya bagi ana...namun..segalanya ana serahkan pada Allah selepas segala perancangan ana buat kerana sebaik2 perancang itu hanyalah yang maha esa..
pada hari tersebut..kali pertama ana menaiki ktm melalui jalan pelabuhan kelang...sebelum ini..ana hanya menaiki ktm seremban-rawang...perancangan asal untuk ana sampai ke kl central pada pukul 9 tergendala apabila ana menaiki tren lebih kurang 845 pagi atas faktor2 yang tak dapat ana elakkan..
perjalanan dari nilai adelah lebih kurang 10 stesen dan dari kl central ke ktm shah alam aderla dalam 10 stesen gak..mulenye..berbagai2 andaian dan tanggapan buruk dalam fikiran ana nih..rase cam tak berpeluang ikuti program pun ada..kesihatan plak tiba2 tak menentu ..tiba2 ana rase sakit kepala dan tak sedap badan..tempat duduk memang takderla..tyme tulah terbayang2 wajah murabbi ana yang memujuk ana untuk ke program anjuran mereka pada tarikh yang sama...timbul persoalan.."adakah pilihan yang aku buat nih salah?"..namun segera ana beristighfar pabila memikirkan segalanya ketentuan ilahi...dan semangat ana kembali kuat dan kesakitan yang dirasai seolah2 menjadi kekuatan diri tatkala teringat akan janji tuhan dalam surah al-insyirah..ayat 5 dan 6..(sesungguhnya beserta kesusahan ada kesenangan..)..alhamdulillah...walaupun lewat..rupa2nya...terdapat juga 'delay' dari pihak ajk APIS..kerana ada sedikit masalah berkaitan pengangkuta..ana bersyukur sangat...dapat dipertemukan dengan ikhwan akhowat APIS...dan dapat menjalinkan ukhuwah yang mesra walaupun seketika...sesungguhnya...Allah itu tak pernah memungkiri janjinya...wallahua'lam..

Selasa, 26 Januari 2010

lebih baik maafkan daripada menghukum??


bismillahirrahmanirrahim....
maaf...seringkali kita dengar perkataan ini..
perkataan yang dahulunya menjadi pengubat kemarahan...
menjadi menenang fikiran...
makin lama...makin dibiar lagaknya seperti adat...
maaf kunci peleraian...dan kadangkala..maaf juga boleh menjadi kunci permusuhan...
bagaimana itu?
apabila seseorang itu sering menggunakan alasan ketelanjuran dan hanya dengan kalimah maaf dirasakan boleyh menyelesaikan segalanya...
apabila maaf tidak betul2 lahir dari hati..dari keikhlasan...di situ syaitan akan mule menujuk jejarum menghasut anak Adam agar menggunakannya bukan pada tempatnya...
seperti ingin menagih belas yang jauh di sudut hatinya hanya ingin mengambil kesempatan dengan sifat pemaaf seseorang...
hmmm....benar....memaafkan itu adalah lebih baik dari menhukum..
hal ini ditujukan kepada yang dikatakan "mangsa"
kerana kadang2..kita juga melakukan kesilapan dan kita hanyalah insan yang kerdil...
yang selayaknya menghukum adalah Allah taala...
tapi ambil lah iktibar wahai yang dikatakan "pemangsa" bukan ambil kesempatan...
pabila maaf itu telah diberikan....jika perlu..urusan lain perlu diselesaikan ...
contohnya..jika seseorang telah merosakkan barang seseorang yang lain...
maka yang merosakkan perlulah meminta maaf dan mengikhtiar sesuatu mengikut kemampuan seperti mengganti semula misalnya...
apapun kesimpulannya...
jadilah kita orang yang pemaaf...dan sekiranya kita dizalimi..mohonlah pertolongan Allah...
Allah tidak akan menzalimi diri kita...
Dia lah sebaik2 yang maha pengasih....
afwan 'ala kulli hal....wallahua'lam

Ahad, 10 Januari 2010

kunci syurga..


Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)


Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”


Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”


'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.


Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)


Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)


Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)