Jumaat, 27 Februari 2009
Ahad, 22 Februari 2009
Masjid itu hidupku...(2)
Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana skali lagi ana diberi kesempatan untuk menulis..kali ini..ana nak coretkan tentang masjid Nabawi dan perkembangan masjid..
Dalam peristiwa hijrah, ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid, yang sekarang dikenali dengan nama Masjid Nabawi yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di sebuah lapangan yang luas di pusat bandar Madinah.
Di Masjid Nabawi, terdapat mimbar yang sering digunakan oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah pada saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang fakir dan miskin.
Apabila Islam berkembang, masjid turut dibangun di daerah luar Semenanjung Hijaz, seiring dengan umat Islam yang bermukim di luar Jazirah Arab. Setiap tempat baru yang diteroka atau ditakluk, masjid ialah bangunan pertama dibina. Masjid menjadi pusat nukleus pentadbiran.Wallahua'lam..
Ahad, 15 Februari 2009
Sayang Dia...
hmm..td, ana tonton crita HALAQAH di tv 9..hari ni,mereka bincangkan tajuk sayang dia.. hmm..mendalam dan meluas kan tajuk tu?hmm..ana memang tertarik dengan pengisian malam ni..memula..panel2 kita membicarakan soal hari velentine..hmm..ana rase pasal bab ni tak perlulah ana nak huraikan panjanglebar..sebab tajuk ni serasa ana sudah banyak dihuraikan dalam blog2 sahabat ana..cuma ana tertarik dengan apa yang disampaikan td..berkenaan dengan hari velentine..td..ustzh norbahyah ada mengemukakan soalan..brape ramai yang sambut velentine cara Islam..maksudnya..ajak pasangan mereka qiamullai misalnya..ana percaya tiada seorang pun yang berbuat begitu..
mufti2 telah bersepakat mengeluarkan hukum haram terhadap hari velentine..malah nabi sendiri pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya..barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum misalnya amalan nya..maka, mereka itu tergolong dalam golongan kaum tersebut.. dalam akhbar juga telah mengkhabarkan bahawa seramai 100 orang telah dicekup pada hari velentine..ketika ditanya kepada salah seorang ni..menyesal tak..dengan selambanya dia menjawab..buat apa saya nak menyesal..nilah caranya saya nak tunjukkan kasih sayang saya pada tunang saya..lagipun, dia akan bertanggungjawab kalau der paper yang berlaku..astaghfirullah!
ana sebenarnya kasihan kepada masyarakat di luar sana yang belum betul2 memahami dan kurang perkhabaran tentang asal usul hari velentine..yang hanya mereka ini mengikut apa yang telah mereka tengok..kita yang telah tahu ini patutnya bersyukur dan menyampaikan kepada mereka yang masih alpa ini..tapi..kalau kita yang telah tahu ini menyambutnya..maka kitalah yang lebih teruk daripada mereka yang menyambut dalam keadaan yang tidak tahu.. selain itu..panel juga ada bercerita tentang cinta yang sebenarnya..tentulah cinta kepada Allah dan rasulnya..tetapi.kita tidak dihalang untuk bercinta..asalkan disandarkan 'puncak kasih' dan cinta kita tu kepada Allah swt..
cinta sesama manusia ni meluas..sesama adik beradik..saudara terdekat..sahabat..itu yang paling mudah sebelum kita tiba kepada cinta antara lelaki dan perempuan ini..cuba kita analisa balik diri kita ni.adakah kita betul2 layak untuk cinta yang complicated tu?adakah kita dah langsaikan cinta yang simple tu?kalau dah..kenapa ada yang sanggup bergaduh sesama adik bradik pasal harta?pasal hasad?adakah itu namanya cinta?dan berapa orang antara kita yang pernah menitiskan air mata kerana risau akan sahabatnya?dan yang paling hampir iaitu brapa ramai yang menitiskan air mata kerana cinta akan diri sendiri/kesal dengan maksiat yang dilakukan..ana tak perlukan jawapannya..tanyalah hati..renungi diri ini sebagai hamba yang teramat kerdil..
cinta yang menjaga batas antara pasangan kekasih secara simplenya bolehlah dikatakan NO COUPLING,NO DATING,NO MATING,NO KISSING,NO SLEEPING..wa akhirulkalam..cinta tercabang kepada dua..cinta berteraskan nafsu..dan cinta berteras ilahi..barangsiapa yang meletakkan dasar NAFSU dalam cintanya..tunggulah disaat tercampak ke naraka..oleh itu..dasarkanlah cinta kita kepada ilahi..walaupun kepada sesiapa juga yang kita cinta..jika ditunjangkan kepada cinta yang agung..kepada ilahi..insyaAllah..akan dirahmati..wallahua'lam..
Ahad, 8 Februari 2009
tujuan ana berblog..
alhamdulillah..ana bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih dipanjangkan usia sehingga ke hari in untuk hidup di dunia yang fana ini..menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah yang telah diamanahkan Allah di muka bumi ini..untuk menjunjung sunnah rasulullah..menjalankan kewajipan amar maaruf nahi mungkar,,serta yang paling utama skali..sentiasa perbaiki diri dari hari ke hari..
pada mulanya..memang tak terpk ana dapat membuat blog ini..hal ini pada asalnya berpunca dari kerinduan ana pada adik2 usrah dan halaqah di integomb dulu..time kat integomb dulu..ana pegang group usrah f2(2008)..ana pegang depa dari tahun 2007..dan ana jugak ada buat usrah tak rasmi atau halagah bersama adik2 f4(2008)..
untuk pengetahuan antum semua..khususnya kepada yang tidak pernah mengikuti usrah..ana nak katakan di sini bahawa seronoook sangat berusrah ni..tapi ana rasa hampir semua daripada kalangan antum pernah mengikuti usrah..sama ada di skolah..di u..di kolej..dsb..usrah ialah perkataan arab yang bermaksud keluarga..memang kat skul ana dulu ada jugak yang tak suka usrah..sebab tula kengkadang time jumaat jer ana n da geng kene menjejaki mereka2 yang memonteng ni..hmm..lawak pun ader biler dipikirkan..tapi..penerimaan semua orang berbeza2 tentang usrah..ade yang berpendapat usrah ni beeeessssttt sangat..ada gak yang tak ske sangat usrah..
tapi..kalau ikut rukun usrah yang betul..niat dan keikhlasan hati..insyaAllah usrahlah yang akan menjadi agenda yang ditunggu-tunggu setiap minggu..papepun..nanti kalau berkesempatan dan diizinkan tuhan..,ana akan ceritakan n berkongsi pengalaman ana ber'usrah' dan ana insyaAllah akan kupas dengan lebih terperinci bab usrah ni..
berbalik kepada crita tadi..ana khususkan kepada diri ana yang slalu sangaaat terlupa..kalau kat skul dulu ramai yang mengingatkan..tapi..kat rumah ni..syaitan selalu mengajak ke arah kemungkaran..oleh itu..salah satu cara ialah ana berblog untuk slalu mengingatkan diri dengan Islam..peghingat diri yang slalu sangat leka ngan 'tok guru segi empat'..aper tu??..tv la...hmm..alhamdulillah..sejak ana berblog nih..membuatkan ana slalu muhasabah diri ana..maha suci tuhan yang memberikan kesempatan ni..
sebab2 sampingan yang mendorong ana berblog ialah kerana ukhti2 dari uia yang slalu memberi dorongan untuk teruskan menyampai walaupun dah kuar skolah..mlalui blog depa jugaklah..ana banyak blaja..syukran lakum..n ana jugak berkesempatan bertukar2 idea dengan rakan2 blog yang lain..Alhamdulillah..dapat tambah kenalan..dan dapat kita sama2 memberi dan menerima nasihat..pandangan..suara..dsb..
'ala kulli hal..trima kasih ya Allah..kerana berikan aku kesempatan ini..aku hambamu yang lemah..lancarkanlah lidahku untuk berkata2 dan permudahkanlah urusanku..ke arah mencapai mardhotillah..kerana itulah asbab yang paling utama dalam apa jua urusan yang dilakukan..
bukan mengharap balasan..harta kekayaan..pujian..tetapi tak lain dan tak bukan..impian setiap insan..redha ilahi menjadi keutamaan..wallahua'lam..
Sabtu, 7 Februari 2009
FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
-
Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
-
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
-
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
-
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
-
Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
-
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
-
Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
-
Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
-
Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
-
Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
-
Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
-
Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
-
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
-
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
-
Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
-
Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
-
Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".
Khamis, 5 Februari 2009
semiskin-miskin ahli neraka..(1)
Bahawasanya, semiskin-miskin ahli neraka ialah apabila mereka minta hujan, maka dibukalah awan yang hitam.Mereka berkata, "hujan akan datang dari tuhan" Maka mereka dihujani batu-batu dari neraka yang menjatuhi kepala-kepala mereka,batu-batu itu langsung keluar melalui dubur-dubur mereka. Kemudian mereka memohon kepada Allah ta'ala selama 1,000 tahun. agar mereka diberi hujan, maka nampaklah mendung yang hitam. Mereka sama berkata,"Inilah mendungnya hujan."Maka mereka dihujani ular-ular seperti lehernya unta. Jika ular itu menggigit, satu gigitan sahaja sakitnya tak akan hilang 1,000 tahun. Inilah semakna firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Kami tambahkan kepada mereka seksaan di atas seksaan (seksaan berlipat ganda) disebabkan mereka selalu berbuat kebinasaan." (An-Nahl:88)
bersambung...
Ahad, 1 Februari 2009
Masjid itu hidupku...
Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud di sini ialah menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah
al- Mukarramah. Disebut Baitulla al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
Hakikatnya seluruh muka bumi ialah rumah Allah. Sebab itu kita boleh sujud di mana-mana sahaja. Secara umumnya bolehlah didefinisikan bahawa masjid ialah tempat umat Islam mengerjakan ibadah khusus seperti solat dan iktikaf. Begitu pun masjid juga merupakan pusat aktiviti, sosial, kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah.
Di Mayapada ini, masjid yang didirikan amat banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan.Namun, adakah tetamu Allah yang bertandang ke masjid ini setanding pesatnya masjid2 ini didirikan?berfungsikah ia sebagai tempat beribadah?atau sekadar pameran muzium kesenian untuk dibangga-banggakan?fikir-fikirlah wahai sahabatku sekalian.Sudah banyak wang yang dilaburkan untuk pembinaan masjid2 yang tersergam indah ini.Namun,adakah sebanyak itu juga amalan manusia yang dilaburkan di baitullah tersebut?apa gunanya masjid itu?sekadar lambang Islam?atau untuk tatapan penyejuk mata?tepuk dada,tanyalah iman..
Ana bukanlah orang yang sebenarnya layak untuk menulis tajuk ini. Ana menulis semata-mata sebagai peringatan dan ajakan kepada diri ana khasnya dan kaum muslimin lain amnya. Anggaplah apa yang ana coretkan ini sebagai perkongsian,bukan mengajar.
Masjid ialah "rumah Allah". Masjid ialah tempat yang paling Allah cinta bagi sesuatu kawasan. Masjid ialah gedung rahmat Allah. Jika kita tega menjauhkan diri daripada "rumah Allah", daripada apa yang Allah cinta dan daripada gedung rahmat Allah ini, lalu apa lagi yang tinggal untuk kita?
harapan ana untuk diri ana sendiri dan sahabat sekalian agar kita sama-sama memakmurkan masjid.Kita sering mendengar ungkapan,tak kenal maka tak cinta.itulah tujuan ana menulis topik berkaitan masjid ini, dengan harapan agar umat islam di muka bumi ini mengenal masjid dan mencintainya,seterusnya menjadikan masjid sebagai rumah kita yang kedua.
Ini hanyalah pengenalan,insyaAllah pada penulisan seterusnya, ana akan menceritakan fungsi dan perkembangan masjid..semoga manjadi pedoman dan menguatkan lagi kecintaan kita kepada masjid dan agama Allah yang haq ini..Wallahua'lam bis sowaab..
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam dari daerah hati yang jauh. Hari yang sedang tercari-cari arah mana yang harus dan perlu dia ik...
-
bismillah.. ari ni ana nak kongsi perkataan2 jerman yang baru.. berkaitan dengan subjek2 atau mata pelajaran... Biologie (bioloji) bio...
-
Rindu? tipula kalau aku kata aku tak.. I've been missing you all day and night long..but what can I do? It just happens to be in my mind...