Ahad, 1 Februari 2009

Masjid itu hidupku...


Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud di sini ialah menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah
al- Mukarramah. Disebut Baitulla al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

Hakikatnya seluruh muka bumi ialah rumah Allah. Sebab itu kita boleh sujud di mana-mana sahaja. Secara umumnya bolehlah didefinisikan bahawa masjid ialah tempat umat Islam mengerjakan ibadah khusus seperti solat dan iktikaf. Begitu pun masjid juga merupakan pusat aktiviti, sosial, kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah.

Di Mayapada ini, masjid yang didirikan amat banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan.Namun, adakah tetamu Allah yang bertandang ke masjid ini setanding pesatnya masjid2 ini didirikan?berfungsikah ia sebagai tempat beribadah?atau sekadar pameran muzium kesenian untuk dibangga-banggakan?fikir-fikirlah wahai sahabatku sekalian.Sudah banyak wang yang dilaburkan untuk pembinaan masjid2 yang tersergam indah ini.Namun,adakah sebanyak itu juga amalan manusia yang dilaburkan di baitullah tersebut?apa gunanya masjid itu?sekadar lambang Islam?atau untuk tatapan penyejuk mata?tepuk dada,tanyalah iman..

Ana bukanlah orang yang sebenarnya layak untuk menulis tajuk ini. Ana menulis semata-mata sebagai peringatan dan ajakan kepada diri ana khasnya dan kaum muslimin lain amnya. Anggaplah apa yang ana coretkan ini sebagai perkongsian,bukan mengajar.

Masjid ialah "rumah Allah". Masjid ialah tempat yang paling Allah cinta bagi sesuatu kawasan. Masjid ialah gedung rahmat Allah. Jika kita tega menjauhkan diri daripada "rumah Allah", daripada apa yang Allah cinta dan daripada gedung rahmat Allah ini, lalu apa lagi yang tinggal untuk kita?

harapan ana untuk diri ana sendiri dan sahabat sekalian agar kita sama-sama memakmurkan masjid.Kita sering mendengar ungkapan,tak kenal maka tak cinta.itulah tujuan ana menulis topik berkaitan masjid ini, dengan harapan agar umat islam di muka bumi ini mengenal masjid dan mencintainya,seterusnya menjadikan masjid sebagai rumah kita yang kedua.

Ini hanyalah pengenalan,insyaAllah pada penulisan seterusnya, ana akan menceritakan fungsi dan perkembangan masjid..semoga manjadi pedoman dan menguatkan lagi kecintaan kita kepada masjid dan agama Allah yang haq ini..Wallahua'lam bis sowaab..
Posted by Picasa

2 ulasan:

Perokok Soleh berkata...

salam.
aper itu mayapada??

adakah maknannya masjid skarang hnya bnyak didirikan sedangkan orang yg melawatnya sedikit berbandimg mereka yang merokok,lalaalalalalalala~~~

Perokok Soleh berkata...

oOOo...
thanks...

adakah maknannya masjid skarang hnya bnyak didirikan sedangkan orang yg melawatnya sedikit berbandimg mereka yang merokok=orang ramai xdtng masjid