Jumaat, 30 Januari 2009

MENCARI HATI MAHMUDAH..

betapa berharga hati ini
ketulan daging anugerah tuhan
mengukir gerak melakar hasrat
apabila disalut murni
terpelihara seluruh anggota
apabila diselimuti kekeruhan
tercalar citra insani

ingin kumiliki nurani terpuji
memancar ketaatan ketulusan
bermujahadah melawan nafsu
memugar godaan syaitan
mensyukuri nikmat ilahi

mampukah mendakap
keluhuran
menebar jala kemaafan
menabur benih kasih sayang
menyulam jiwa pemurah

menobat sifat mahmudah
meminggir hasad dan iri
menyingkir nista dan khianat
menghindari sifat mazmumah

umi kalsum idham
batu pahat
berita harian
27 dis 08

1 ulasan:

Ibnurashidi berkata...

salam...

Carilah mahmudah itu..nescaya akan ditemui walau di lereng2 pergunungan sekalipun..atau terpkasa meredah lautan gelora..