Sabtu, 17 Januari 2009

kerana manisnya gula..


kerana manisnya gula
semut sanggup menjadi hamba
kepada nafsu terikut semahunya
sakar beracun bersalut madu
terkejang semut oleh kemanisan
rasa dan cinta tidak berkesudahan
kata semut kepada manis gula
"aku sanggup mengurungimu
selagi kau menyimpan manismu."

Kerana manisnya gula
semut sanggup meninggalkan busut
di sana sarang kehidupan tenang
halaman kedamaian yang lapang
beriringan mereka ke jalanan
mencari kemanisan yang memenjara
kata gula kepada setia semut,
"Kematian kau kerana haloba
tergoda oleh kemanisan sementara."

Tiada ulasan: