Rabu, 21 Januari 2009

tahniah kepada adik2 pmr 2008..

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak muncul SBPI terbaik dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 dengan keputusan 77.9 peratus pelajarnya memperoleh 9A manakala 81.4 peratus memperoleh keputusan 8A.

Keputusan itu turut mencipta sejarah kerana ia merupakan pertama kali SBPI, yang berjumlah 12 buah kesemuanya di seluruh negara memperoleh keputusan yang tertinggi dalam sembilan mata pelajaran yang diambil oleh para pelajarnya termasuk mata pelajaran tambahan, Bahasa Arab.

Secara keseluruhan seramai 86 pelajar SBPI Gombak menduduki PMR 2008 dan daripada jumlah tersebut 67 pelajar memperoleh keputusan 9A, 8A 1B (10 pelajar), 7A 2B (6 pelajar), 6A 3B (2 pelajar) dan seorang pelajar memperoleh keputusan 5A 4B.

Keputusan tersebut memperlihatkan peningkatan 11 peratus keputusan PMR SBPI Gombak iaitu dari 66.67 peratus pada tahun 2007.

Sementara itu, keputusan yang membanggakan itu turut dikongsi bersama-sama oleh mantan Pengetua SBPI Gombak, Norlia Mohd Shuhaili yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran.

Beliau yang baru menjawat jawatan berkenaan bermula Oktober tahun lalu amat terharu dengan kejayaan para pelajarnya dan menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha gigih setiap warga sekolah berkenaan.

``Setiap warga sekolah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap kejayaan ini sama ada guru, pelajar, pihak asrama dan bahagian pejabat, semuanya memainkan peranan,’’ katanya.

Malah beliau turut mengucapkan penghargaan terhadap kerjasama yang diberi oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SBPI Gombak yang tidak pernah jemu membantu pihak sekolah dengan pelbagai sumbangan.

``Setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak PIBG dan mereka tidak pernah lokek sama ada dari segi kewangan mahupun keringat,’’ katanya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan SBPI Gombak, beliau berkata, semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sama seperti SBP yang lain.

``Apa yang saya nampak ialah kejayaan ini adalah kesungguhan guru dan para pelajar dan bagi saya yang penting adalah niat kita sesama manusia..buatlah apa sahaja pasti akan berjaya jika kita mempunyai niat ikhlas dan menjaga hubungan sesama manusia,’’ katanya.

Malah katanya, setiap pelajar dan guru akan berkorban masa terutama pada cuti penggal persekolahan dengan memulakan persekolahan lebih awal berbanding sekolah lain.

Selain itu katanya, jika hendak berjaya para guru kena pegang hati pelajar, kenal pasti pelajar yang lemah dan diberi perhatian dan bimbingan yang jitu terhadap mereka.

Ternyata Norlia amat berbangga dengan kejayaan keputusan PMR kali ini apatah lagi tiada seorang pun pelajarnya memperoleh keputusan C.

Namun yang lebih membanggakan beliau ialah setiap pelajar yang memperoleh keputusan 9A itu aktif dalam kegiatan kokurikulum.

``Semua pelajar tersebut aktif dalam sukan ragbi dan dengan keputusan yang mereka peroleh jelas kegiatan kokurikulum tidak akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar,’’ tegasnya.

Walaupun akademik diberi perhatian namun pelajar juga ditekankan ilmu kerohanian yang tinggi seperti solat berjemaah dan membaca surah Yasin setiap hari menjelang peperiksaan.

Menurut Norlia, beliau tidak pernah mengabaikan kokurikulum pelajar beliau turut memberi ruang kepada pelajar untuk aktif dalam kegiatan kokurikulum lain termasuk seni.

Menurut beliau berdasarkan rekod pengesanan pelajar SBPI Gombak, 60 peratus pelajarnya mendapat tawaran menyambung pengajian ke universiti luar negara.

1.Gombak 86 67 (77.9 peratus)

2.Rawang 85 52 (61.18 peratus)

3.Kubang Pasu 118 43 (36.44 peratus)

4.SM Sains Sultan Iskandar

79 42 (53.16 peratus)

5.Sabak Bernam 85 36 (42.35 peratus)

6.Batu Rakit 107 34 (31.78 peratus)

7.Temerloh 90 31 (34.44 peratus)

8.Gopeng 87 30 (34.48 peratus)

9.Kuantan 110 24 (21.82 peratus)

10.Pekan 85 22 (25.88 peratus)

11.Selandar 89 11 (12.36 peratus).



"berita di atas ana petik kat utusan online ari ni...alhamdulillah..ana tumpang gembira atas kejayaan adik2 ana..kepada adik2 ku..mabruk 'alaik..pun begitu..janganlah antum lupe..tuk ucapkan syukur pada ilahi..maha suci Allah..Dier yang maha mengetahui..dan jangan kiter lupe..semua dari tuhan..ilmu tu hak Dier..kiter hanya meminjam..ana arap..petikan di atas dapat dijadikan pedoman..wat adik2 yang akan mengambil pmr dan spm taun nih..artikel ni bukan lambang kemegahan..sekadar ingin berkongsi..wallahu'alam.."

1 ulasan:

Jolynn berkata...

Tahniah diucapkan! =D