Khamis, 5 Februari 2009

semiskin-miskin ahli neraka..(1)

Bahawasanya, semiskin-miskin ahli neraka adalah bahawa Allah menjadikan gunung -ganang untuk mereka. Lalu dikatakan kepadanya,naiklah!Lalu mereka sama naik mendaki gunung itu dengan wajah mereka selama 1,000 tahun. Akan tetapi setelah mereka naik, maka gunung itu melemparkan mereka ke dalam keraknya Jahannam. Merekalah orang-orang yang sama merugi.

Bahawasanya, semiskin-miskin ahli neraka ialah apabila mereka minta hujan, maka dibukalah awan yang hitam.Mereka berkata, "hujan akan datang dari tuhan" Maka mereka dihujani batu-batu dari neraka yang menjatuhi kepala-kepala mereka,batu-batu itu langsung keluar melalui dubur-dubur mereka. Kemudian mereka memohon kepada Allah ta'ala selama 1,000 tahun. agar mereka diberi hujan, maka nampaklah mendung yang hitam. Mereka sama berkata,"Inilah mendungnya hujan."Maka mereka dihujani ular-ular seperti lehernya unta. Jika ular itu menggigit, satu gigitan sahaja sakitnya tak akan hilang 1,000 tahun. Inilah semakna firman Allah s.w.t yang bermaksud:



"Kami tambahkan kepada mereka seksaan di atas seksaan (seksaan berlipat ganda) disebabkan mereka selalu berbuat kebinasaan." (An-Nahl:88)

bersambung...

Tiada ulasan: