Jumaat, 12 Jun 2009

Tarbiah....


Bismillahirrahmanirrahim..
menyingkap diri..
merenung peribadi..
kesepian rohani..tazkiyatunnafsi..
membuatkan aku muhasabah kenbali..
tika ku ingin melelapkan mata..
terbayang akan azab Alah ke atas hambanya..
sungguh kerdil ku di mataNya..
walau sekecil zarah cuma..
namun.. cukup untuk meragut sukma..

namun..
peperangan nafsu..
bukanlah sesuatu yang gampang..
serasa seperti berperang dengan kematian..
turuhn naik..
istiqomah yang kian pudar..
mencamukkan fikiran..

tarbiah..
amat kurang kala ini..
ku cuba mencari dan mencari..
ku pohon agar nur ilahi..
senantiasa menyinari..
inginku paut erat2..
agar dapat ku kembali kepada ruhiyyah yang diimpi..

kerana itu..
tak mungkin dapat aku salahkan sesiapa..
tatkala diri bergelumang dosa..
padamu tuhan..
terima kasih atas ujian yang kau berikan..
membuatkan aku kembali kepada fitrah kejadian..
yang selama ini..
makin jauh dari benak ingatan..

aku berjanji pada diriku..
InsyaAllah..
akan ku perbaiki diri ini dari masa ke masa..
untuk bekalan di alam yang baqa'..
kerana aku masih mempunyai peluang itu..
selagi tuhan tidak menarik apa yang telah dipinjamkan kepadaku..

pada sehabat..
ingatkan aku jika terlupa..
bimbinglah aku..menuju redhaNya..
kekalkan aku dalam tarbiahNya..
agar..
raudhoh yang diimpi..
menjadi kenyataan yang abadi...