Ahad, 12 Jun 2011

ibadah dan 3 keperluan hidup

bismillahirrahmanirrahiim...

alhamdulillah...masih bernyawa kala ini...

ibadah dah keperluan hidup..ada kaitan??

hurm...mesti ramai yg kata ada..tapi sejauh mana yg antum tahu ye?
err..jangan salah faham pulak..ety pun tak berapa tahu...cuma menyampaikan apa yang ety pelajari sahaja di kelas..

hal ini diceritakan oleh ustaz ety..ustaz Yumni..

katanya..
keperluan hidup ada 3...
jasad..roh..dan harta...
tiada jasad,ada roh dan harta tak bleyh gak nak hidup...
tiada roh,ada jasad dan harta mati....
tiada harta,ada jasad dan roh,merempat jadinya...
selain itu..
ia berkait ngan ibadah dalam rukun Islam..
iaitu puasa..zakat.solat..dan haji..

hurm..

nak jaga jasad dengan puasa..
nak jaga roh dengan solat..
nak jaga harta dengan zakat..
nak jaga ketiga-tiga perlu haji...

mcm mane??

hmm....
bile kite puasa...
kita akan lebih menjaga badan..tak perlu nak diet2..puasa tak memudharatkan...lebih menambah kesihatan adelah..makan kita akan menjadi lebih teratur...dapat pahala ibadah lagi..(insyaAllah)..dengan puasa...pengaliran darah akan lebih teratur...pernafasan lebih lancar...elak kelesuan...malah mereka yang berpuasa dengan baik lebih cergas daripada orang lain..

bile kite solat...
ruh kita akan menjadi lebih tenang...
kerana kita mengingati Allah...
"ingatlah bahawasanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
akal kita juga akan jadi cerdas..kerana pengaliran darah yang sampai ke otak apabila kita sujud..
ketenangan rohani akan kita raih disebabkan kita bertemu tuhan kita..
jadi..'berilah makan' roh kita dengan solat...
bila kita menunaikan zakat..
harta kita akan lebih terpelihara..
kerana kita melaksanakan hak kita dan hak orang lain..
dengan infak yang kita but tuh..
akan lebih berkat harta yang kita ada..
jiwa kita pun takkan risau kerana kita yakin bahawa Allah akan memelihara kita dengan ibadah zakat yang kita laksanakan..

bila kita menunaikan haji..
ketiga2nya bisa kita lengkapi..
nak pergi haji..
perlu sihat...ruh ade..dan juga harta..
sebab tulah ketiga-tiganya berkaitan...
kalau tak berkemampuan...tiadalah kita menunaikan haji secara sendiri..


akhirul kalam...
laksanakanlah apa yang disyariatkan....
lakukanlah ibadah yang diperintahkan..
kerana dunia yang kita duduk sekarang ni hanya pinjaman..
entah esok..entah lusa..kita akan dijemput oleh kematian..
sekian..


4 ulasan:

Unknown berkata...

=) good job=) roh jasad dan harta. mari kita jaga~ AllahuAkbar

iqapika berkata...

like like like~

mcm nak share je.. share ye..?

mekaseh.. (i'll credit you..)

iqapika berkata...

like like like~

mcm nak share je.. share ye..?

mekaseh.. (i'll credit you..)

hanimyusra berkata...

syami-satu penjuru>insyaAllah..peliharalah ia..Allah akan bersama2 kita...
iqapika>syukran...silekan..dan sebar2kanlah..moga lebih ramai ummah yang dapat manfaat ilmu daripadanya=)