Isnin, 24 Disember 2012

Journey to Broga

Alhamdulillah..
selesai jugak menyiapkan assignment yang terakhir..
walaupun ku kira tidak puas hati mana..
iyalah....kerja yang dilakukan kelam kabut adakalanya tidak memuaskan hati...
tp alhamdulillah..seurang2nya ia da selesai dan bolehla aku menumpukan untuk exam pula....

***************************************
Journey to Broga..
***************************************

kalau dulu...tak berkesempatan untuk aku ke sana bersama akhowat..tp alhamdulillah, Allah beri jugak kesempatan ntuk aku menjejakkan kaki ke sana bersama rakan2 sekelasku...
211212..tarikh keramat kami bersama menjelajah bukit broga..
merenung alam ciptaannya...

memang kalau nak diikutkan cabaran dan dugaan..
dari mula perjalanan lagi...

aku tidur di rumah kawan2 sekelasku untuk mengelakkan daripada tidak terjaga...
sebab kami akan konvoi drive pada pukul 3 pg tersebut...
then dengan segala persiapan makanan yang dibuat...
sedar tak sedar dah pukul 230 a.m.
alamat tak tidurlah...
then kami bersama2 bertolak ke sana....
dengan berpandukan peta dan GPS...kami tersesat juga...tp akhirnya alhamdulillah dalam pukul 4 pg tu kami sampai ke destinasi yang di tuju...
di kaki bukit...keadaan amat gelap gulita...tiada cahaya jalan yang menerangi perjalanan...
mujur masing2 ada yang membawa lampu suluh dan juga hp sebagai penerang memecah kegelapan...
dengan kondisiku yang sebenarnya tidak memungkinkan untukku mendaki...
aku dilanda kesakitan dada yang melampau...
gara2 semput yang ku alami....sukar untuk ku bendung kesakitan yang berombak....
seakan2 terpukul oleh pernafasan sendiri...
kala itu...keharuan menggamit tatkala ada sahabat yang sudi mengawalku di sepanjang perjalanan..ada yang membawa beg ku...ada yang setia menunggu daku melangkah perlahan2....sungguh..cukup membuatkan hati kecilku berteriak menahan sebak.....
terima kasih semua!
mulanya aku dan beberapa yang lain sudah terlampau lelah dan hampir berputus asa untuk meneruskan perjalanan....namun usai perhentian di puncak pertama untuk menunaikan solah subuh secara berjemaah, aku dapat menstabilkan kembali pernafasanku dan diberi kekuatan untuk mendaki semula...maha suci Allah!
akhirnya....sampai jua kami ke puncak bukt Broga....terusik nuraniku tatkala merenung kebesaran dan keluasan alam ciptaanNya...

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang Engkau dustakan?"

terkeluar kalimat agung kalamullah itu dari mulut salah seorang sahabatku...

selepas melapik perut dengan makanan yang dibawa....tibalah sesi tazkirah kelas yang sememangnya mnjadi rutin kami setiap minggu...sungguh menyentuh hati dan penuh kesayuan di tengah2 lapangan puncak yang menjadi saksinya alam ciptaan tuhan...namun ada juga yang menjadikan diriku sedih tatkala melihatkan ada jua sang perantau yang menjelajah tempat tersebut..mengambil kesempatan untuk bercanda bersama yang bukan mahramnya tanpa batasan...na'uzubillah='(

Sesungguhnya apa yang berlaku di sepanjang perjalanan itu cukup untuk kukaitkan dengan perjalanan hidup seorang hamba di muka bumi ini....terkadang di persimpangan itu kita tersesat tanpa arah...terkadang kita lelah tiada berdaya....terkadang kita berasa putus asa untuk meneruskan perjalanan yang berliku kerana tidak yakin dan merasakan segalanya itu mustahil...
namun ingatlah...

"Usah kalian berputus asa dengan rahmat Allah...kerana tiada yang mustahil bagiNya....dia akan menyediakan yang terbaik....tiada yang baik melainkan semuanya yang baik......"

jatuh bangun kita...ayuh bersama..seiring dan sejalan..meniti kejayaan...jangan kau kira kejayaanmu seorang itu suatu kebanggaan..tetapi percayalah perjuangan yang hakiki dan sebenar2nya ialah apabila kita bersama2 ke puncak jaya....

Motivasi buat diriku yang akan menghadapi peperiksaan...


#nuhassilu biha birridho..#

2 ulasan:

~cik atin~ berkata...

waah. tahniah dpat jejak kaki kat broga. teringin nak g sane. tp Allah xizin ag :)

hanimyusra berkata...

trima kasih=)
insylh suatu hari nanti cik atin pasti akan jejakkan kaki jugak ke sana...
ameen! ^_^