Isnin, 10 Disember 2012

Halaqah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Halaqah Cinta bersama mad'u2 akhirnya dapat juga dilaksanakan setelah hampir sebulan membisu dan kelam...
Memang Allah dah beri hikmah disitu...
menimbulkan kerinduan yang berpanjangan buat hati2 yang dahagakan kemanisan ukhuwah dan iman...
hati2 yang telah berjanji setia mendokong dan mendaulat syariah yang Maha Esa...

Pertemuan yang mungkin tidak semuanya ada...namun cukup untuk menyuburkan semula jiwa2 yang ketandusan iman...
Hakikatnya jiwa kita harus diisi....Minda kita harus diingati...jasad kita harus diladeni dengan gerak kerja hanya kerana Allah...

"Maha suci Allah yang TIDAK TIDUR dan TIDAK LUPA"

hakikatnya, hanya Allah sahaja yang sempurna....kita sebagai manusia jika tidak berkumpul untuk saling ingat mengingati...lambat laun kita akan lupa dan hati kita akan mati...na'uzubillah...

Ulanglah...hatta beratus kali pun perigatan berbaur kebaikan...
kerana manusia itu sifatnya pelupa....
kerana manusia itu sifatnya tidur dalam kelalaian dan kealpaan...

Berkumpullah....kerana dengan berkumpul itu kita akan lebih ingat dan beringat...

Bertebaranlah di muka bumi ini untuk mencari keredhaanNya,,,,InsyaAllah...


#nuhassilu biha birridho..#

Tiada ulasan: