Sabtu, 1 Disember 2012

Iman Ukhuwwah

sumber


Bismillahirrahmanirrahim...

"Ukhuwwah itu ialah perhubungan yang berlandaskan akidah"

amat mendalam sebenarnya kata2 yang diucapkan oleh seorang akhowat ini...betullah begitu...kerana pada dasarnya ukhuwwah sejati bukan hanya "friends forever" atau "BFF selamanya"..

tp sebenarnya ukhuwwah yang indah itu pabila kita sering berpesan2 dengan kesabaran dan dengan kebenaran...indah jika tiada rasa terguris walau sedikit tatkala saudara kita menegur kita untuk kebaikan...

kalau nak berbicara soal teguran pula....sebenarnya ada dua macam teguran..
yang pertama, teguran kerana seseorang itu tak rela sahabatnya melakukan hal sedemikian atas dasar kasih dan sayang...dan yang keduanya, teguran kerana seseorang itu menyangkakan atau merasakan bahawa dia adalah betul dan orang yang nak ditegurnya itu salah..berbeza bukan?

ukhuwwah dan iman...

iman tu ibarat oksigen..kalau takder oksigen tak dapatlah kita meneruskan kehidupan seharian dan alamatnya ke alam barzakhla kita..
sebab iman itu hakikatnya suatu perkara yang amat penting...
kalau nak kita kira2...bekalan apa yang akan kekal dengan kita di medan perjuangan dakwah ini kalau bukan bekalan iman?
sebab kalau kita nak teliti satu persatu bekalan yang kita ada...secara umumnya, bekalan harta, tenaga, masa, semuanya akan habis melainkan juka kita bawa bersama bekalan iman untuk kita perkuatkan diri kita sebagai seorang muslim....
dengan bekalan iman, apa jua bekalan yang telah habis selainnya tak sedikit pun menjejaskan diri kita dalam medan dakwah yang penuh pancaroba ini....sebab dengan bekalan iman kita langsung tak peduli penat kita, lelah kita, masa kita yang telah banyak habis...kerana iman yang mantap mampu menstabilkan keyakinan kita kepadaNya...

"Wahai orang2 yg BERIMAN!bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan MUSLIM."
(3:102)

sebenar-benar takwa....menunjukkan takwa tu takkan dapat kita berhenti untuk menjangkakan bahawa limit takwa kita sudah sampai ke kemuncaknya...malahan dalam ayat tersebut menyatakan sebenar2 takwa sepertinya takwa itu infiniti nilainya....sukar untuk diukur jadi disarankan kita sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk memperbaikinya dari hari ke hari..

jangan mati melainkan dalam keadaan muslim...mati tu kita sendiri tak boleh jangkakan kan?jadi nak pastikan kita sentiasa dalam keadaan muslim...kiranya kita kena sentiasa cuba untuk maintain iman kita setiap masa..bukan masa kita nak solat sahaja..tp kita kena sentiasa aware dalam apa jua yang kita lakukan...
akhirul kalam...
ukhuwah itu indah..andai besulam iman dan takwa.....kerana itulah ukhuwwah yang sebenar2nya...

p/s:ana rindu akhowat HC sangat2...asifni sebb sudah lama tak menjenguk antunna...ana telah dikaburi dengan kesibukan duniawi..moga Allah melapangkan masa kita dan memberi ruang kepada kita untuk bersama2 berkumpul lagi....insyaAllah..ana sayang antunna kerana Allah!=')


#nuhassilu biha birridho..#

Tiada ulasan: