Jumaat, 21 Jun 2013

K.O.M.P.U.T.E.R

minggu exam yang datang menjadikan diriku agak ditekan dan tertekan. Ya, aku tau hampir semua merasakan yang sama. cuma kedatangan assignment dan FYP yang tak bergerak masa minggu exam ni membuatkan hati takut untuk ke sabah nanti. mampukah aku nak hadapi training yang agak mencabar selama sebulan ditambah development yang memerlukan waktu yang benar2 tenang bagiku untuk menyiapkannya. sebelum ini, impian dan perancanganku adalah untuk duduk bersama SV sewaktu penggal cuti semester.Namun segalanya terpaksa aku tukar rencana itu pabila daku terpilih untuk ke Infosys kelak

4 paper masih menunggu, SQA masih tingah separuh untuk disiapkan, coding asal untuk FYP masih ada lebih kurang 400 baris lagi untuk dilengkapkan, ditambah dengan idea pengubahsuaian coding yang masih meraba-raba mencari jalan. persoalan yang timbul, mampukah?mampukah?mampukah?

bila diimbas kembali, dengan ape yang aku duduki sekarang, akhirnya aku berjaya melengkapkan hampir 6 semester dalam kos ini. Berbaki 2 sem lagi; 1 sem thesis dan 1 sem praktikal untuk aku insyaAllah bergelar pemegang ijazah sarjana muda untuk sains komputer. Tapi apa yang merunsing dan meruncing di fikiran adalah mampukah aku?perasaan takut menyelubungi diriku tatkala masing2 menyebut soal mahu praktikal di mana selepas ini. Ya, sememangnya wajar untuk ku fikirkan sekarang, agar aku tidak kalut dan tidak salah memilih tempatku kelak.Prof ada juga bertanya adakah aku berminat untuk menjalani latihan industri di Australia. Cepat sahaja jawabku bahawa ku tidak mampu. Nampak sedikit kekecewaan pada raut wajah prof ketika itu. tapi bagaimana lagi harus aku katakan tatkala aku antara yang tenggelam dalam kalangan sahabat2 sekuliahku.Lebih2 lagi pabila membicarakan soal database, security, web development, dan seumpama dengannya.

hari makin menghampiri, dan seiring itu ketakutanku semakin menggamit jiwa.

apakah usahaku?apa persediaanku?

layakkah aku bergelar pemegang wisuda tatkala ditanya tentang komputer sahaja masih kecut dan kalut?

ya, walaupun aku sudah gusar untuk meneruskan latihan di sabah lantaran kawan sama tahunku yang menarik diri disebabkan kerisauan FYP, aku perlu juga teruskan. sebab aku tahu, aku perlukannya. aku perlu lebih kuat.aku perlu lebih hebat. supaya dengan itu aku bisa puas dan bangga dengan ijazah yang ku terima. supaya aku bisa berbakti untuk ummah tercinta.

kekuatan dalaman sangat2 penting kala ini. walaupun bila ditanya padaku akan apa perancanganku selepas ini, jujur aku katakan yang aku masih samar. sama ada mahu terus mengambil master sama bidang, atau mahu yang lain bidang yang memang ku minati, atau mahu ulang degree yang lain, atau mahu terus bekerja, atau duduk di rumah sahaja. hmm...

apapun.aku perlu fokus untuk peperiksaan dan assignmentku dulu buat masa ini.

yang lain letak tepi.tapi jangan jauh2.takut nanti aku yang berpeluh.

pejam mata.

fokus!



#nuhassilu biha birridho..#

Tiada ulasan: