kadang2 perasaan bercampur baur ini menyesakkan hati..
Kita tak tau bila masa kita..sebab itu semua rahsia Allah..
Tapi bila melihatkan seorang demi seorang yang telah selamat melayari bahtera..
Sedikit sebanyak hati ini turut terusik..
Hmm...bukan aku tak mahu untuk melangkah ke fasa yang seterusnya..
Tapi diri sendiri tak punya yang sudi..
Jika ada yang meluahkan..baik akhlak dan agamanya,
InsyaAllah pasti akan ku terima dengan rela hati..
Aku bukanlah tak punya hati..tak punya perasaan..
Bila aman, aku tak sering memikirkan dan menjadikan itu bukan prioritiku..
Tapi sebagai insan yang bernama wanita..bila diasak dengan pertanyaan,dan dorongan daripada kawan2..juga harapan ibu bapa yang mahukan aku menuju ke arah itu..ia menjadi suatu yang sangat sakit untuk difikirkan..
Hatiku ada juga berkenankan seseorang.. tetapi besar kemungkinan orang itu tidak berasa yang sama..
Bukan aku tak berusaha..cuma untuk menyatakan hasratku bukan lagi merupakan keberanianku..
aku hanya mampu berdoa,berdoa,dan berdoa..
mengadu pada Dia seadanya..
Aku perlu yakin, jika aku ditakdirkan dengannya...pasti suatu hari nanti Dia akan tunjukkan jalan..
Cuma sebagai manusia biasa yang terkadang goyah, aku rasa seperti tidak kuat menanti dan merasai ini semua..
Ya Tuhan, jika insan itu bukan ditakdirkan untukku..tolong, tolong aku untuk melenyapkan perasaan sia2 itu dalam hati aku kerana dia tak berhak untuk itu..Jika insan itu betul2 untukku, kau damaikanlah hati kami merasai indahnya kasih sayangMu pada waktu yang sesuai..bukan sekarang..yang waktunya langsung tiada kepastian..Bantu aku ya Tuhan mendepani semua ini..
Ya Allah aku cinta dia..ini sememangnya fitrah..tapi aku tak mahu mencintai selain daripada bakal imamku..tolong aku ya tuhan...jangan cemarkan perasaan cinta ini kepada yang tidak layak...hanya Kau yang berkuasa..Kau yang menghadirkan perasaan ini, dan Kau jugalah yang bisa melenyapkan dengan sekelip mata...
='(
='(
='(
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan