Sabtu, 19 November 2016

Untuk kau yang berteman denganku

Aku tak pandai bergaul.

Aku sukar untuk memulakan.

Aku tak tahu cara yang indah untuk bersahabat.

Aku tak arif mempraktis kiat memurnikan bibit persahabatan sesama manusia.


Jika aku salah,khabarkan.

Jika aku khilaf,beritahu.

Jika aku mengguris hatimu,jangan kau diam membisu.

Jika aku membuatmu terluka,selesaikan dengan cara sepatutnya.


Bimbing aku,

Ajari aku,

Katakan padaku.


Kerna hal ini bisa merobek nuraniku untuk berfikir yang waras.

Bisa membuatku terjelepok tersungkur menempelak diri.

Kerana aku adalah aku.

Yang kau sendiri pasti tidak bisa menelah apa yang ada di benak kecil ini.

Yang lakunya bisa luar dari apa yang sepatutnya.


Kerana sekali kita berteman,

Tempatmu bukan sekadar seorang kenalan.

Kerana ruang kecil hatiku sudah dihuni olehmu,

Sahabatku.


-hanimyusra-

Tingkah titah

Bila hati dan akal sudah bertingkah
Tiada apa yang bisa merobah
Melainkan nurani yang bertitah
Hey Qalbi! Kau salah!
Hai akal! Kau hanya menelah!
Sedang syaitan sudah tertawa berdekah-dekah
Melihatkan umat Adam yang salah-menyalah
Bagai retak menanti belah.

•hanimyusra•
•191114•
•2306•
•Paya Dalam,Melaka•

Jumaat, 4 November 2016

Pengabadian

Tenang, bergenang.
Tiada sendu tangisan syahdu.
Tiba waktu pasti pengakhiran itu jadi permulaan kembali..
Permulaan kepada sebuah pengabadian.
Pengabadian yang berandikan??..
Entahlah..hanya kau yang bisa merungkai jawapan kepada persoalan ini.

14:56
-hanimyusra-

Selasa, 4 Oktober 2016

Istiqamah kumohon.

Doakan aku ISTIQAMAH.
Mencari MARDHOTILLAH.
Bukan berbangga dengan sanjungan qabilah.
Tapi tunduk akur kepada DIA sang pemerintah.

Agar ILMU ini bermanfaat
Ku mohon pada diri moga aku KUAT
Berusaha lebih GIAT
Kelak berbakti pada insan sejagat.

Ahad, 25 September 2016

Sabar,itu kekuatan

Moga yang terbungkam bisa terlerai,
Moga yang buntu bisa terarah,
Moga yang keliru bisa terpandu,

Sepi berteman derita hati..
Sayu berlagu sendu..
Namun tak dapat diluah seiring waktu..
Mengukir tawa penghibur syahdu..

Moga ketemu jalan.
Kerana janjiNya tak pernah diambil ringan.
Sabar,jadi kekuatan.

-hanimyusra-
1146a.m.

Sabtu, 17 September 2016

Azam yang sia-sia

Tak guna mencanang azam setinggi langit,

Andai usahamu tidakpun sampai sekelumit..

Sia-sia mengharap impian bersinar,

Jika fajar diulit tak tegar..

Usah dicita bulan kan jatuh ke riba,

Sedang lakunya terjelepuk cuma..


Biarkan!

Biarkan mimpi itu sekadar mimpi!

Kalau retak menanti belah yang dinanti.


#notaHatiFatin

 #monologJiwa 


-hanimyusra-

170916🌹

Sabtu, 13 Ogos 2016

Sangka.

Kini lebih selesa untuk terus menyelesaikan daripada menyimpan lama perkara yang jadi musykilah di hati. Tak mahu ia membusuk jadi dendam yg sukar dipadam. Walaupun kadangkala masih ada cebisan rasa yang tidak betul-betul hilang daripada yang dijangka.Moga dengan cara ini lebih Tuhan lindung daripada terus bersangka-sangka tanpa sengaja mahupun sengaja..Sedangkan bersangka itu pun sudah menjadi laranganNya.
...
Moga Tuhan sentiasa thabatkan hati kita semua di jalanNya.
#pesanDiri 

Sumber foto : Alam maya.

Jumaat, 17 Jun 2016

Unlock your SMILE

Smile.
Don't explain.
Don't expect.
Don't assume.

No matter how.
No matter what.
Unlock your SMILE🙃

Because He knows, 
You are capable.


Isnin, 13 Jun 2016

Abah

"Nak, lame lagi ke nak abis? blaja rajen2 ek, abah nak tengok ko dapat ijazah"

"Nak, abah teringin nak rase gaji ko nanti"

"Nak, ko nk blaja x pe..abah tunggu"

"Nak, jangan berkawan ngan org yg x tentu..jage diri ko tu elok2, ko tu perempuan.."

"Ko xyh risau pasal jodoh, abah carikkan..ko blaja je"

"Nak, jgn malas2 ea"

"Nak, maafkan abah ea kalau ade apa2 yg abah buat x adil kat mate ko"

"Nak,jage abah ea.balik jage abah ngn mak.." 

"Nak, jangan tinggal semayang, ngaji..nanti boleh doakan abah"

"Nak, apa2 x cukup bgtau abah. Toksah pk bukan2..yg penting ko jaga diri"

"Nak, doakan ayah ko..ziarah kubur die selalu.."

"Nak,dh makin beso ko ye..boleh jage abah ngn mak.."

"Nak, abah larang sebab sayang..abah nk jage ko..ko bawah tanggungan abah"

"Nak, pasangkan ceramah2 kt laptop ko..abah nak tengok..abah x daya dah ni"

"Nak,ingat pesan2 abah..jangan lupa ape yg abah aja ea..abah sayang ko..."

....


Alfatihan
Haji Hassan bin Haji Idris 

Selasa, 24 Mei 2016

Diri Sendiri

Siapa yang tak rindu menjadi diri yang dulu?
Diri yang kental,
diri yang teguh,
diri yang mapan.
-------------------------
-------------------------
Tapi diri yang dulu belum ditimpa badai yang sekarang,
Belum disuap nikmat dunia yang asyik
Belum dipanah nafsu yang memamah.
--------------------------
--------------------------

Semestinya..diri yang sekarang tidakkan sama seperti diri yang dulu.
Tapi diri yang sekarang merupakan diri yang baru.
Dibentuk menjadi yang beda, beda dari yang sebelumnya.

-------------------------
-------------------------

[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)
-------------------------
-------------------------

Ujian yang semakin memberat,
Buat kita beringat akan dosa2 yang makin sarat.
Iman yang makin menipis,
buat kita sedar akan dosa yang perlu ditepis.

Beruntunglah.
Bersyukurlah.
Masih diingatkan,
Masih dijentik Tuhan.

Waima tak serupa,
Waima tak hebat di mata manusia.
Moga indah di mata Pencipta.

-------------------------
-------------------------

[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

--------------------------
--------------------------

Moga hati ini tidak leka.
Moga lebih anggun mengukir nama syurga yang selamanya.
Moga thabat.

------------------------
------------------------

[29:2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
[29:3] Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

sumber: Mr. Google


#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 11 Mei 2016

My everything.



I'll wait for you patiently..
thought waiting is hurting..
Come to me my honey bunny..
Be my everything.

------

Looking up,
Grasping to stay alive.
Memories pass by,
And still, she doesn't get a life.

------

The wind blows..
Changing the thought..
That she can't be cold..
As time makes her getting old.

-----

~hanimyusra~
3.20 a.m.
110516
Desa jati.

Jumaat, 6 Mei 2016

Jangan

------

Jangan terlalu menyanjung.
Bila tampak rompong,
Kau jugak yang tersadung,
Terjelepuk murung.

------
-----

Jangan terlalu mencinta.
Takut bila ada yang salah di mata,
Kau sesal separuh nyawa,
Kesal sebab setia.

-----
-----

Jangan pula terlalu memuji.
Takut bila ada yang tak berkenan di hati,
Menempelak diri,
Bertukar benci.

-----
-----

Ambil yang sederhana.
Menyanjung sekadarnya,
Mencinta seadanya,
Memuji yang biasa-biasa,
Memadai sewajarnya.

-----

-----

Kerna sanjungan, cinta, dan puji-puja..
Hanyasanya pantas milik Dia seinfinitinya.
Hanya untuk Dia selayaknya.
Hanya Dia,
Tiada dua.

Hanimyusra.
060516
0315
Nilai,N9

Jumaat, 8 April 2016

Judgements.

Harini berjalan seharian dengan niece, satu ke satu kedai kami jalan..maklumlah dua2 suka window shopping

~~~
~~~

Lepas zohor kt Subang Parade..jalan satu ke satu kedai, then lepak break minum kopi n makan kek..lepas gian kopi😅

~~~
~~~

Pastu solat siap2, lepas maghrib sambung kt Subang Empire pulak..dr window shopping at last byk jugakla brg yg kitorg bli smpai 😅

~~~
~~~

One of the mission, nk carik skin care..so pegilah kedai A ni..ekceli mmg dh aim nk bli, tp jalan2 dulu tgok brg2 kedai die..

~~~
Tanya 1 ke 1 produk, tp layanannye mak aii, macam kitorg ni x mampu nk bli..muka ketat..dok tekan2 calc. bila kitorg tanya pasal produk

~~~
Adeyh lemah tol, dari nak bli benda yg rege rat2 tu, terus cancel..rasa macam x berbaloi nk bli lat situ ngn servis gitu

~~~
Then sambung jalan kedai B ni..mmg dh wat research gak..tp x pernah lg bli pape kt kdai tu..tp servis bagus gila!
Even kitorg tanya byk

~~~
So I'd decided untuk bli kt situ + trus jd ahli seumur hidup!sebb diorg deserved untuk dpt cust..x judge kitorg yg selebet2 cam dak skolh ni
~~~
Yep, maybe diorg penat..tp x bermakna diorg boleh judge their cust dgn bg lynn beza2 sebb appearance cust diorg mcm x berduit..
Sgt obv kott
~~~

Smile. Don't judge ur cust.
Maybe nampak biasa tp korg mungkin x dpr imagine betapa berhartanya mereka.

~~~

Smile. Don't judge ur cust.
Maybe nampak biasa tp korg mungkin x dpr imagine betapa berhartanya mereka.
~~~
Mungkin diorg tanya then kluar x beli..doesn't mean diorg xde duit..diorg mungkin tgh survey then diorg akan balik ke kedai korg untuk beli.
~~~
At the other side, org yg nampak bergaya tu mungkin masuk kedai korg saje2..bak org kate, "biar papa asal bergaya" punya stail..

~~~
Tapi x kesahlah mana2 pun.
But we know yg korg dah dilatih mcm mana nak melayan cust. korg..so please practise the very best of it.😉
~~~
Jgn sampai kata,

"U ni mmg nk bli ke tanya2 ni, kalau ye, I nak apply kt u product ni"

Adoyy not nice lah sis😅
~~~

Lastly, thanks to kedai B aka The Face Shop for the great services!👍
(:


Khamis, 7 April 2016

Pertemuan

"Dik, Terminal bas Sg. Nibong ke USM jauh x?"
Tanya seorg driver bas di Duta kepada kami.
"X jauh pun pakcik, dlm 15 min ja"
 ~~~
~~~

"Haa ckp dengn dia"
Lalu menunjukkan kpd seorg lelaki tinggi lampai warga luar
"I wanna go to USM Mosque...."

~~~
~~~
"Oh u can ask the taxi driver at the terminal to send u there..."

Dan berlarutanlah perbualan & pertanyaan...

~~~
~~~
"Are u from Penang?"

Soalan tu buat aku tersentak seketika..aku di KL, tp aku menerangkan Penang dgn agak baik kepadanya.

~~~
~~~

"Err, Penang is my country...eh no no err Penang is my hometown.."

 Panik sendiri entah kenapa.Sebab aku pun konfius aku org mana
😂😂😂😂
~~~
Kelihatan pemuda tu lega sangat..

"Thank you very much, Assalamualaikum"

Sambil menjawab salam, entah kenapa terasa seakan ada ruh..sebak.
~~~
Terbayang jika aku di tempatnya, terkial2 untuk mencari arah dan berada jauh berbatu dari tempat yg ingin di tuju.

Pertemuan yg bermakna!

~~~
Paling buat aku tersentuh bila dia bertanyakan tentang 'Mosque'.. Entah, x tahu.. Tp cukup untuk mengusik nuraniku untuk muhasabah.

~~~
Terima kasih.

Moga Tuhan permudahkan engkau ke sana dengan selamatnya saudara muslimku!
~~~
Aku di sini.
Moga kau doakan yang baik2 untukku atas bantuan yang tak seberapa td.
~~~
Tuhan tak aturkan sesebuah pertemuan itu sia-sia..sekejap atau lama, pasti ada ibrah & hikmahnya.

Hargailah pertemuan!

Khamis, 31 Mac 2016

Keegoan

Keegoan itu satu perkataan yg x asing lg..satu perasaan atau sikap peribadi yang sememangnya ada pada setiap insan, yang tinggi rendahnya bergantung pada individu itu sendiri..

Dengan keegoan yg direndahkan terkadang bisa memulihkan hubungan yang tak berapa baik, mampu mengikat kembali tali persaudaraan yang terlalu lama merapuh..membuatkan hati2 yang mendambakan kasih sayang sedikit sebanyak bisa terubat.

Ya, mungkin natijahnya tidak sebaik sebelumnya..tapi setidaknya makin memberikan pengertian kepada jiwa-jiwa insani untuk lebih meneliti dan memahami.

Kerana hikmah Allah itu terlalu berselirat rahsianya..
Tidak lain tidak bukan hanya untuk memberi manfaat dan kebaikan buat mereka yang sabar dan tahu erti syukur.


Isnin, 21 Mac 2016

A kind-hearted guy


There’s one guy..

He’s very kind.

He’s gentle.

He’s easygoing.


He love cats.

He love food.

He love to travel.

He love red.

He love coffee & macaroons.

He love something sweets.

He love to tell stories.

His smile,
His eyes while smile.

His excitement when telling people stories.

His enthusiasm of sharing thoughts.
His honesty.

His sincerity.

I feel like I already knew him long time ago.

He doesn’t even make me feel akward and afraid of him as a stranger.

He’s like a family.

Two times meeting without saying hi.

One times meeting coincidentally.

Two times arranged meetings.

But all it’s me who started first.


I don’t know much about him.

Indeed, I adore him.
I wanna be his friend.

But it seems like I’m the one who chase someone who doesn’t address me as his friend.

Sorry dear me.

21th March 2016

Sabtu, 5 Mac 2016

Benkyo!

Tak konsisten.
Yup, I understand it very well.
But whenever I got the spirit to study, I really need to start.
Don't delay!
Coz I know myself very well..
Easily distracted!

*hope to have my own study area soon.



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 3 Mac 2016

Harapan


"Tak masuk 3MT ke?"

pertanyaan yang buat aku sakit dan terluka.
Aku tahu mereka itu punya pandangan tinggi terhadap aku.
Mereka pendidikku.
Mereka ambil berat tentangku.
Somehow, aku telah meruntuhkan harapan dan kepercayaan mereka.
Maafkan aku. Aku sememangnya sedar akan kekhilafanku.
Tapi entah bagaimana aku tidak tahu apa yang aku harus perlaku.

Mereka pandang tinggi.
Aku terasa disakiti.
Mereka percaya.
Aku sengsara.

Entah bagaimana lagi harus dijelaskan.
Entah.



#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 28 Februari 2016

Rabu, 24 Februari 2016

Tinggalkanlah!


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:«مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ». حَدِيْثٌ حَسَنٌ, رَوَاهُ التِّرْمِذِي وَغَيْرُهُ هَكَذَا.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Di antara tanda kebaikan keIslaman seseorang: jika dia meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadits hasan, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi no. 2318 dan yang lainnya)
Seringkali kita lupa dan alpa pada Dia yang mengawasi dan menjaga. Banyak sandaran perbuatan kita pada perkara yang melalaikan lagi sia-sia. Apa guna hidup andai terus-terusan mengumpul dosa?


#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 23 Februari 2016

Angan tindakan.

semangat dan keazaman yang tak pernah mengalah.
sukar ditanam senang ditelah.
parah dan patah.
angan tak sudah.
tiada tindakan, sudah kalah.

apa kau hanya mahu terpaku seperti itu berdiri ?
termangu dan sayu menurut kata hati?
tak malukah kau pada yang memberi?
tak putus nikmat masih kau kufuri?

berhenti memberi alasan.
pasakkan impian.
berbekalkan iman.
menuju kejayaan.

hanimyusra.
1.13 a.m.
230316

#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 22 Februari 2016

Time passed


Time passed..
Memories remain..
perhaps..

Thanks God because you help me removes almost all the unfavoured feeling in my deepest heart.
I'm relieved.



#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 6 Februari 2016

Unfair


You assumed me making assumptions about you.

But..


You were being serious to my jokes.

You made fun of my seriousness.

You feel like my explanation annoys you.

You scolded me as I looked like repeating my mistakes.

You were being firm of my action without giving me the chances to explain.

You said that I am annoying.

You asked me to easily forget about things at past even it is not being solved.

You look small to my big annoyances.

You belittled my tears and my fears.

You stopped my words while I tried to explained things.

Am I the one who are making assumptions? Or is it you??

.........
Unfair.