Jumaat, 10 Disember 2010

AZAM:senang lafaz susah langsaikan??

salaam~
Ya Mubdi'..Ya Fattah, Ya Alim..
aku bersyukur kepadaMu atas segala kurnia..
trima kasih ya tuhan atas usia yang dipanjangkan ini..



ehm..
baiklah
kali ini..
memandangkan baru sahaja beberapa hari kita menyambut awal muharam(maal hijrah)
saya rasa..
moleklah jika kita perkatakan tentang 4 huruf ini..
A.Z.A.M=azam
sahabat2 tentu ada yang telah memasang azam masing2 untuk permulaan tahun baru 1432H ini..
alhamdulillah..sekurang2nya..
ada juga peubahan yang ingin dilakukan dalam diri antum..

tapi kan..
agak2nya..
mampukah antum nak laksanakan azam antum tuh??
yela..
berazam memangla senang..
tapi kadang2..
nak melaksanakannya tu..
awal2 memanglah bersemangat..
tapi lama kelamaan..
perkara itu hanyalah seperti hangat2 tahi ayam saja..

dalam bahasa simplenya..
'senang cakap susah buat'



tanpa banyak kata lagi..
saya nak kongsikan beberapa tips dalam melangsaikan 'hutang' azam antum tersebut..
ini berdasarkan pengalaman saya sendiri..

~first thing first...kenelah pasang niat/azam dulu kan...kalau takda azam...macam mana nak laksanakan..betol tak?..hal ini kerana, 'setiap perbuatan itu bermula dengan niat'

~sahabat2 hendaklah pastikan azam yang diniatkan/dipasang itu bersesuaian dengan kemampuan antum..payah sedikit lagi bagus untuk cabaran..tp kalau rasa x mampu..jangan pasang awal2..tp antum kene ingat..azam selalunya benda yang agak mencabar yang kita nak lakukan kebiasaannya secara istiqomah..

~next,kongsikan dengan sahabat terdekat antum..sebaiknya,sahabat yang boleyh jadi booster ntuk menggalakkan kita melakukan perkara tersebut agar kita sentiasa beringat..

~seterusnya,kene bersedia jasmani,rohani..mental fizikal...laksanakan azam bukan mudah tp x mustahil...buat secara perlahan2..kangan trus level 4..kenelah bermula dengan zero dulu ye...

~rendahkan keegoan...kalau nak berjaya...janganlah mengikut rentak ego kita yang tinggi tuh..bahana..memakan diri.,

~pergantungan kepada Allah...usaha haruslah disertai dengan doa..jangan angkuh dengan tuhan ye..

~ikhlas...hati kena rela sepenuhnya bukan paksa rela...

~sabar..susah memang susah..kadang2 rasa nak menangis truk2..tp tulah..Allah xkan bagi can kat kita nak lalu jalan mujahadah kita dengan senang lenang jer tanpa ada test/exam..

~hati lapang dan sentiasa berbaik sangka pada diri sendiri...

~motivasikan diri sendiri..pandang cermin dan sentiasa bercakap dengan imej kalian bahawa saya boleh!

~jangan lupa..paparkan azam antum tersebut..hal ini bagi mengelakkan antum lepa/leka ..
tulis besar2 dengan cantik dan tampal di dinding bilik ke atau di mana2 sahaja tempat yang mudah dilihat..

~pedulikan apa kata orang..sindiran dan perli..mereka tuh sebenarnya jealous ngan antum...=)

~jangan manjakan diri sangat..try to force ourselves tp jangan keterlaluan ya...

~yakin boleh!!ini penting kerana apabila kita percaya kita akan dapat satu kekuatan yang luar biasa untuk laksanakan azam tersebut

~ucapkan tahniah pada diri sambil menepuk2 bahu tatkala selesai sahaja dapat laksanakan azam tersebut



rasenye..ini je kot...kalau ada yang nak tambah..silekan..saya pun rasa x brapa nak complete...lain kali kalau ada lagi isi dan ideanya insylh saya akan kongsikan dengan antum..

sekian,,semoga apa yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum,,,diingatkan sekali lagi,dalam proses nak melaksanakan niat tersebut..memang byk liku2 dan ranjau yang kita kene tempuh..kuatkan keimanan..insyaAllah antum dapat melaksanakannya dengan jayanya..=)

bitafauwuqi wannajah!



#nuhassilu biha birridho..#

4 ulasan:

kecilsikerikil berkata...

saya suka azam awak..ngee

hanimyusra berkata...

apa azam saya?

nor niswah berkata...

semoga istiqamah untuk azam baru anti.. doakan utk semua umat islam, smg lebih maju ke hadapan dan mampu menepis segala penindasan terhadap islam... slm syg =)

hanimyusra berkata...

to nor niswah
insyaAllah ukhti....semoga kita semua diredhai Allah~