alhamdulillah...semalam selamat sampai LCCT setelah hampir 6 hari mengembara di bumi Sri Lanka...Kesempatan ini aku peroleh dengan mengikuti program LA bawah fakulti....
pengembaraan sang musafir yang memberi seribu satu pengalaman buatku yang bergelar hamba di bumi Allah ini...
|
bagasi2 |
*HARI PERTAMA*
|
disambut dengan kalungan bunga |
Malam sebelum itu aku menginap di rumah rakanku bagi memudahkan urusan perjalanan...Pada waktu pagi lebih kurang pukul 6 ba'da subuh kami berkumpul di akasia dan menaiki sebuah bas ke LCCT...penerbangan selama lebih kurang 3 jam setengah membuatkan masa ku kira amat lambat berlalu kerna perbezaan waktu 2 jam setengah antara Malaysia dan Sri Lanka.
|
rumah tempat kami menginap |
Setibanya di Sri Lanka, kami di sambut dengan baik oleh travel agent yang kami ikuti. Setiap daripada kami dikalungkan dengan kalungan bunga sambil disebut 'ayubowan' yang bermkna selamat datang...sungguh, mereka amat baik dengan kami....kami dibawa ke tempat penginapan yang jaraknya lebih kurang 2 jam setengah masa perjalanan....sepanjang perjalanan, serasa seperti berada dalam filem tamil atau india....pemandangan yang asing bagi kami...sampai di rumah yang terletak di Nawala Road, Rajagiriya, kelihatan makanan sudah molek terhidang...raut muka yang seakan2 terkejut kerana tak menyangka rumah yang bakal kami inap itu kosong sedaya upaya kami sembunyikan dari pandangan tuan rumah.....memang ku tak menyangka bahawa rumah banglo besar dua tingkat itu tiada apa melainkan hanya kerusi yang diatur....tp tidak mengapa.....lantaran lapar, kami terus ke tempat makan di aras bawah untuk menikmati hidangan yang tersedia...
|
salah satu pemandangan sepanjang jalan |
nasi serta lauk pauk...nampak menarik...tapi maklumlah, hari pertama....sukar bagi kami untuk menelan makanan yang agak 'asing' bagi kami dari sudut rasanya....masing2 tidak berani mengambil banyak...takut2 tak termakan.....manisan yang rasanya seperti kuih gula hangus juga dihidangkan tapi berbeza sedikit dengan tambahan rempah ratus di dalamnya...
|
manisan selepas makan |
malam itu kami dibawa ke sebuah perkampungan melayu Sri Lanka...sungguh kalau nak diceritakan semua, memang payah kerana banyak juga peristiwa yang berlaku malam tu...apepun layanan mereka amat bagus dan sungguh bermakna...dengan hidangan makanan yang begitu banyak...dengan kanak2 yang petah berkata2....dengan cara mereka...walaupun sedikit konflik berlaku.. apepun sungguh gembira...=)
sekali lagi kami keharuan apabila pulang....di rumah, mereka sanggup menyediakan bantal2 dan membeli tikar besar untuk kami mengalas tempat tidur kami..hati kecil kami rasa sedikit bersalah seolah2 menyusahkn mereka pula...apapun, servis mereka amat bagus...
|
kawalan ketat di penjara |
kesimpulan hari pertama;
|
ke perkampungan Melayu Muslim |
1) bersyukur dengan apa adanya
2)bersedia dengan apa jua situasi yang mendatang
3)senantiasalah melontarkan senyuman walaupun ada kalanya kita tidak senang..
4)perlu belajar untuk mengundur diri dengan baik bagi mengelakkan kelewatan..
5)nak berjalan di tempat orang, sekurang2nya perlu ada seorang lelaki yang menemani..jangan sewenang2nya mengikut yang tak dikenali..
6)hargai apa yang diberikan kepada kita.
7)besederhana, belajarlah berasa susah
8)kagum dengan masyarakat muslim yang boleh survive di bumi yang majoritinya bukan beragama Islam
9)baru mengenali tapi macam dah kenal lama..
10)raikanlah tetamu sebaiknya..
apa yang nak kusimpulkan lagi tentang Sri Lanka...
"Melatih diri menjadi lebih muslim di negara bukan Islam"
insylh...cerita hari kedua, bersambung.....
#nuhassilu biha birridho..#
2 ulasan:
wah, bestnya..
nice hanim yusra . jauh pjalanan, luas pmandangan =)
Catat Ulasan