alhamdulillah..2 subjek sudah selesai...terasa sedikit kelegaan dan keringanan pundak menanggung beban...
tinggal sahaja...3 subjek yang bakal ku lalui pada 16 hb dan 17hb...
jika ditanya semula bagaimana 2 subjek yang telah berlalu...hanyasanya aku mampu katakan...ALHAMDULILLAH...
sumber |
walau tak sehebat mana...
walau tercungap-cungap juga untuk aku menyelesaikannya...
tapi aku bisa berasa puas...
kerana tidak seperti tahun-tahun sebelumnya..
tidak pernah habis nota yang dibaca...
namun syukur ku panjatkan kehadrat ilahi..
walau kesibukan menghambat diri...
kelapangan masa itu masih diberi..
walau kadangkala terpaksa mencuri...
namun bila ditambah tolak..ternyata mencukupi=)
"Wahai orang-orang yang beriman..! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad:7)
kalau dahulunya....pernah jua hati kecil ini berasa sangsi
bila melihatkan rakan2 yang punya lebih masa untuk menelaah..
ada lebih waktu untuk mengulang...
tapi kini...semua itu makin lama makin menghilang..
kerana ku tahu...aku punya keistimewaan kendiri...
gerak kerja ku bukan suka2...
kesibukanku bukan saja2..
tapi hanya kerana Rabb yang esa...
untuk memberi...bukan hanya menerima....
dari situ...ku mula mengumpul kekuatan waima sekelumit cuma yang berbekas..
kerana ku tahu...diriku ini insan teristimewa ciptaanNya...
Alhamdulillah!=)
Cuma satu yang ku rasa tidak enak...
kalau dahulu...
apa yang ku pelajari terpahat lama..
hingga kini masih lagi mampu ku urai dan leraikan hampir satu persatu
mampu ku paham sepenuh hatiku....
tapi kini...
seolah-olah apa yang ku pelajari hanya di barisan-barisan nota..
cuma yang tercetak di buku-buku tebalku....
bukan tiada yang melekat...
namun jika nak kubandingkan...
sangatlah sedikit...
tohor amat walaupun hakikatnya apa yang pelajari makin mendalam hari ke hari...
ya, sememangnya benar..makin kita belajar, makin kita tak tahu..
tapi elevankah dengan apa yang aku hadapi ini?
tidak..
pupil kecilku ini memancarkan pandangan meningkah dan menongkah kata- kata itu untuk situasiku ini...
kerana ya, benar pernyataan itu, tapi bukan untuk apa yang aku hadapi....
apa yang aku kira..patut kutempelak nurani kerdilku ini...
"DI MANAKAH ILMUKU BERTAKHTA?"
dalam dada?atau hanya dalam barisan2 ayat buku?
aduh, terkena lagi....
masih belum terlambat untuk ku perbaiki apa yang ralat...
kerana tidak pernah telat untuk berubah ke arah kebaikan..
3 subjek yang masih berbaki..
perlu kutukar persepsi..
semoga mendapat keampunan dariNya..
ayuh sahabat ayuh rakan!
~MUHASABAH~
sumber |
#nuhassilu biha birridho..#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan