Rabu, 6 November 2013

seindah sabarmu

salam maal hijrah

permulaan tahun baru..tahun hijri...1435H..

alhamdulillah, semakin pulih dan semakin kuat untuk bangkit. walaupun mengganggu juga panggilan..walaupun sudah di block..apapun,tuhan uji sebab sayang..moga aku kuat

tertarik dengan kata2 dalam cerita 'hadiah dari syurga' sebentar tadi.."

"Bukanlah sabar kalau ada batas,Bukanlah ikhlas kalau rasa sakit"

ya, hakikat kehidupan kita, apa jua yang berlaku terhadap diri kita, pasti akan melibatkan rasa sabar dan ikhlas itu sendiri; baik yang berbentuk nikmat atau ujian.

erti sabar itu sememangnya amatlah luas, sebab itu dalam ayatNya Di meminta kita sebagai hamba untuk berpesan-pesan dengan KESABARAN..sebab kesabaran itu kena sentiasa, tiada batas, tiada had yang spesifik..hanyasanya kita perlu bersabar dan sentiasa bersabar.
ya, cakap memang mudah, melaksanakan itu sememangnya payah,,sebab semestinya kita hamba yang lemah, hamba yang tidak berdaya.. segala kekuatan itu Dia yang punya..segala kekuasaan dan kecekalan itu Dia yang beri, pinjamkan seketika ke dalam jiwa hamba2Nya

dalam mendepani hari-hari sebagai seorang pelajar tahun akhir, semestinya banyak perkara yang menjadi ujian terhadap diri ini. Thesis yang masih samar2 statusnya itu membuatkan diri ini semakin takut dimamah waktu.tapi aku tak boleh berdiam diri.,aku tak boleh hanya duduk menanti masa yang akan mengadili. tapi saat ini, waktu ini.. aku punya.. esok belum tentu aku punya, waktu selepas ini belum tentu aku punya, saat yang kedepannya belum pasti aku punya. Jadi saat ini, saat yang ku punya, saat yang ku miliku..saat kurniaan Ilahi..aku perlu usaha, usaha, dan terus berusaha

tolong doakan aku,untuk thesis aku,untuk tempat praktikal aku..yang segalanya masih samar..
tidak aku, engkau, mereka pun yang tahu..hanya Dia yang tahu, kerna Dialah pemegang segala rahsia hidup kita..apa kita mampu, usaha, usaha, dan terus usaha..

Moga aku istiqomah
Moga aku kotakan apa yang ku kata
Moga Dia redha







#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 2 November 2013

Tragedi november

Allah..syukur atas nikmat dan karuniaMu
Yang beri aku peluang untuk menikmati segala bentuk rezekiMu

Ya,masih terkejut..masih trauma..sesekali tumpah air mata tanpa sebab..dek kerana tragedi kelmarin yang betul2 buat aku terkejut..sampai kini..masih berkurung..menyendiri..mencari hikmah yang tersembunyi..mencari erti yang perlu kufahami..

Ya,inilah fitrah manusia,yang mungkin saja kaget itu menjadi tindakan semulajadinya..
Ini cara Dia menegurku barangkali
Memang tidak terjadi sewaktu aku melakukan kebiasaanku.. 
Terjadi secara tidak sengaja..buat aku rasa lebih bersalah..bersalah pada ibu..

Maafkan orang ibu..orang yang salah..orang yang patut bertanggungjawab atas kesalahan orang..bukan ibu..orang yang tak hati2..jadi orangla yang patut tanggung..

Dua2 menelan kos yang tinggi untuk baik pulih..aku tak mampu..begitu juga ibu..ikhtiar cari wang..jpa pun x mencukupi..tp ini salah aku..jadi aku yang patut bertanggungjawab atas itu..aku yang patut ikhtiar..bukan ibu yang sudah terlalu banyak benda mahu difikirkan..

B.U.N.T.U
Hanya Dia yang tahu
Sedang aku masih terpinga2..
Gian mencari erti atas tragedi ini

Permulaan yang agak tragis
Harap pengakhirannya baik2 saja
Hasbiyallah wanikmal wakeel
Gambar:sebahagian rayyan yang terluka..bahagian tepi juga..dalam bonet depan juga..:'(

Rabu, 9 Oktober 2013

Kekangan

Setiap orang dari kita punya kekangan yang membuatkan masing2 tak keruan
kekangan itu terkadang mendewasakan..dan kekangan itu juga terkadang boleh menjadi perkara yang berbahaya bagi kita.

Kalau diikutkan minggu ini sahaja sudah menumpahkan air mata kestressan lantaran kekangan masa yang dialami. mungkin sahaja jika diberi ruang dan peluang ataupun dihalakan langkah yang teratur dan rapi menjadikan kekangan itu bisa dikendalikan dengan tenang.

Percaturan untuk berjumpa sv tidak kesampaian dan mengundang sejuta ketakutan lantaran status thesis yang masih samar walaupun hanya tinggal lebih kurang 3 minggu sahaja yang masih berbaki.penempatan latihan praktikal juga menampakkan satu situasi yang kurang berkeyakinan daripada diri sendiri kerna resuma yang masih lagi kosong tidak berbagai isi dan info diri.

Lambakan tutorial dan assignment yang terpaksa dikejar ketika semua diantara rakan yang tidak ke sana sudahpun menghantar satu persatu.sungguh, tahun akhir ini mengundang pelbagai emosi yang tak menentu.

Persatuan, kumpulan, habis berkecamuk. Risau dengan diri, hanya pergantungan kepada yang maha esa sahaja yang diharapkan kini. Ingin membawa diri dan mencari erti hidup dibalik rasa bersalah yang teramat. perlu menetapkan visi dan misi yang jelas dan mengenepikan apa yang tidak penting dan tidak segera dan mendahulukan apa yang penting dan yang segera...iaitu THESIS.

ujian mematangkan, ujian mendewasakan, pun begitu, ujian perlukan pemahaman, dari diri, dari sekeliling, kepada diri, kepada sekeliling, dan yang terutama, kepada Tuhan.

refleksi:
~untuk apa kita tidur?
~untuk apa kita hidup?
~untuk apa kita menyiapkan thesis?
~untuk apa kita berukhuwwah?
~untuk apa kita berdakwah?

tepuk dada, biarkan ketukan dan tamparan itu bisa menggetarkan jiwa yang kian alpa

"DEMI MASA!SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN...."

"MELAINKAN...

-Yang Beriman
-Yang Beramal Soleh
-Yang berpesan2 dengan kebenaran
-Yang berpesan2 dengan kesabaran"

moga Dia memandu dan mempermudahkan jalanku dan jalan Kami..


#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 22 September 2013

sedar dan baharu

Alhamdulillah, bru sahaja selesai menduduki exam JEE..jadual yang tidak menentu sepanjang penghujung infosys ini menyebabkan hak diri juga terabai.. Perlu lebih peka dn sensitif pada situasi yang pelbagai agar tidak menyalahi sunnatullah yang ditetapkan.

lebih kurang 9 hari lagi diri ni bakal menyelesaikan latihan pra praktikal infosys yang sudah 2 kali kusertai..dan sepanjang itulh kurasakan sungguh banyak perkara yang menjadi pengajaran dan pembelajaran kepadaku. suma hanyasanya jika aku betul2 mahu, aku perlu untuk ubah apa yang perlu..yang sememangnya padanya punya lebih banyak keburukan berbanding manfaatnya..

terkadang bukan disengajakan, cuma fitrah insani yang membuatkan segalanya kabur daripada pandangan.Aku tidak katakan bahawa diriku ini tiada khilafnya, kerana apapun jua yang berlaku,aku perlu sedar dan terus sedar, sedar(aware) akan apa jua yang mendatang..agar aku tidak mudah tewas dengan nafsu dan keinginan yang tak tentu.

wanita bisa menjadi fitnah yang paling besar sekiranya ia tidak 'aware' akan dirinya selalu..oleh kerana itulah perlunya untuk senantiasa perbaharui apa jua keadaan..'aware' perlu disusuli dengan 'refresh'..agar seiring dengan matlamat yang satu..iaitu bisa meraih Redho dariNya..

moga diri ini bisa mengerti akan situasi yang berlaku kala ini..dan bisa untuk merobah apa yang bisa diubah..bukan hanya seketika..tapi berterusan sampai ke akhirnya..

HENSHIN!!




#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 12 September 2013

Day 27 @infosys10

Alhmdlh setakat ni berjalan lancar..cume minggu java yg agak hactuc membuatkan kesihatan sedikit terganggu..lantaran banyak assignment..quiz2..dan projek yg perlu disiapkan setiap hari...fyp ku yg tergendala entah bila mampu kusambung..idea seakan2 tidak dapat bercambah dengan sebaiknya...pun begitu...aku tidak boleh membiarkan semua ini terjadi....aku harus segera mengorak lngkah agar tidak menyesal di kemudian hari....pencapaian diriku juga kian merosot...terkadang buntu juga bila memikirkan semua itu....zon selesa yg sememangnya telah ku buang jauh2 amat menguji fikrahku...
Kuat!kuat!moga aku kuat!

Sabtu, 7 September 2013

Infosys 10

Alhamdulillah...sudah hampir 3 minggu semenjak kami di sini pada 18 hb yg lalu...macam2 pengalaman yg dirasakan....rsanya terlalu pantas masa berlalu...bermacam gaya dan ragam yg dipertontonkan....dan juga bermacam perkara yg mengajarku...
Kala ini...tak dapat aku uraikan bagaimana perasaanku...bukan apa....cuma terkadang bukan semua yang dibebani gampang untuk dikongsi...hanyasanya pabila ia sendiri dialami dan dirasai..baru tertempelak pada diri sendiri...
Mungkin sekarang,musibah yg menimpa itu hanya petunjuk dariNya supaya aku lebih memaksa diri untuk melakukan apa yg Dia kehendaki...kerana itu aku harus lebih mujahadah dengan tidak begitu mengambil endah akan kesesakan perasaan yg dirasa sebaliknya cuba untuk perlahan2 bangkit mengambil hikmah darinya...

#semoga kad bank dapat dibuat semula...semoga tiada apa2 yg hilang

#semoga hp boleh diguna semula..semoga ia tidak begitu memakan wang

#semoga exam java dapat kutebus kembali kegagalan pada infosys lepas dan juga kegagalan test minggu lepas

#moga fyp ku dapat ku fahami sebaiknya dan dapat ku teruskan dan siap pada waktunya

#semoga aku layak bergelar student ISA

#semoga aku berperangai seperti AKHOWAT

#semoga mutabaahku istiqomah

#moga ibuku dapat tersenyum

~nuhassilu biga birridho~

Selasa, 9 Julai 2013

Dia dah datang!!

Alhamdulillah berpeluang juga memasuki bulan Ramadhan yang penuh barakah tahun ini
InsyaAllah esok masuk hari ke-10 berada di bumi Sabah ini

perasaan berjauhan itu biasa. tidak mengapa. Cuma yang dirisaukan mutabaah amal dan zuq Ramadhan di sini. Almaklum sekarang menjalani latihan ala-ala di alam pekerjaan. Perlu ada kekuatan untuk bangkit dan membantu yang lain lantaran jadual dan suasana yang tidak mengambil kira sama ada Ramadhan atau tidak.

Bagaimanapun aku bersyukur kerana tadi berkesempatan juga solat tarawikh di surau asrama bersama pelajar2 ums. juga sempat bertadarrus dan berkongsi ilmu bersama-sama adik-adik ISA yang lain.Sungguh buatku rasa bersyukur sangat2 dikelilingi orang2 seperti ini. Terima kasih ya Allah.

Namun untuk hari2 kedepannya kami perlu menyusun dan merancang untuk Ramadhan kami.Agar kesibukan latihan tidak mengganggu kami untuk menunaikan ibadah dan berlumba2 melengkapkan mutabaah amal masing2.

26 hari Ramadhan yang bakal kami lalui di makmal komputer, membuatkan kami perlu kuat dan saling menguatkan. tiada suasana hingar bingar, tiada berita, tiada rasa, namun kami perlu juga mewujudkan 'Madrasah Ramadhan' itu. Agar ramadhan kali ini tidak menjadi suatu yang sia2 yang hanya berlalu begitu sahaja. Dunia yang terasing ini perlu kami manfaatkan. Hijrah yang kami lewati perlu kami pergunakan. Agar dapat kami ukur kental lemahnya kami. Agar dapat bina iman amal yang suci.

Mohon doa daripada rakan2. Agar kesibukan di sini tidak menjadi alasan untuk kami tidak berlumba2 membuat kebaikan. Agar 'letih' kami bergelumang assignment saban hari tidak menjadi sebab untuk kami 'letih' menghadap tuhan.

Tolong kami ya Tuhan. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin-Mu.
Marhaban Ya Ramadhan!




#nuhassilu biha birridho..#

Isnin, 1 Julai 2013

Genangan Kolam Itu

Alhamdulillah,selesai menyiapkan dokumentasi pembangunan sistem maklumat bahagianku. Sepatutnya mampu ku siapkan 2 hari sebelumnya. Namun masa tidak mengizinkan lantaran ada yang lebih aula perlu diselesaikan.

Saat ini, berada di Sabah bersama 15 orang lagi junior seangkatan menyahut cabaran latihan Infosys selama 34 hari. Taklimat yang diberikan cukup membuatkan darah kami berderau dek kegusaran yang melampau!Sungguh apa yang digembar gemburkan oleh rakan-rakan bahawa latihan ini perlu persediaan rapi fizikal dan mental.

Saat terbayang wajah bonda tercinta yang sempat berkolam matanya sewaktu menghantarku mendaftar di lokasi yang ditentukan. Sungguh aku juga hiba kerana ku tahu dia perlukanku. Namun lantaran aku mahu menjadi orang yang diperlukan ibu lah membuatku nekad dengan keputusanku untuk menerima tawaran ini. Sempat ku menegur ibu mengatakan bahawa aku tidak pergi jauh. Tapi hati ibu itu amat halus bila mengenangkan kedua-dua cahaya matanya berjauhan dengannya sewaktu hari jadinya.

Ya, peristiwa ini pernah berlaku suatu ketika dahulu. Tarikh yang sama namun tahunnya saja yang berbeza. Saat ketika aku membuatkan mata ibuku seperti tadi. Berkolam, tidak dapat menahan rasa walaupun dampaknya cuba untuk menyembunyikan daripada terlihat oleh ku.Namun ketika itu, bukan air mata itu yang ku mahu. Kerana itu air mata kekecewaan seorang ibu pabila anaknya tidak bisa menjadi seperti apa yang diinginkannya dan membanggakannya. Ya, pada tanggal lahirnya juga. Pada hari bermakna aku telah buat ibu kecewa!maafkan aku ibu!

Dan perkiraanku kala ini, walau ku tahu masa tidak boleh diundur, namun aku cuba untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membuatmu bangga pada tarikh yang sama. Yang mana kira-kira 3 tahun dahulu kau terluka, tapi aku mahu air mata kali ini adalah air mata bangga bahawa anakmu ini mampu berjaya!Percayalah duhai ibu!Tolong, jangan dipamer genangan kolam itu lagi kepadaku. Genangan kekecewaan suatu masa dahulu telah benar2 meranggut jiwa dan semangatku. Kini, aku mahu genangan tadi tumpah menjadi titisan bahagiamu. Kau harus percaya bahawa aku mampu!Buangkanlah jauh-jauh derita hatimu yang kau tanggung selama ini.Kerana bukan salahmu mendidikku, tapi aku yang tidak bisa menjaga diriku yang telah utuh dengan didikan darimu ibu!

Selamat hari lahir ibu. Doaku semoga kau sentiasa bahagia, sentiasa dirahmati, sentiasa dikasihi. Moga kau tabah dengan apa adanya kau kini. Kau adalah insan teristimewa!Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku!


Maafkan anakmu ini duhai ibu..



#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 21 Jun 2013

L.O.S.T

Oh ALLAH!

Thanks for giving me all these..

Help me..
To be grateful of what I have now,
To be thankful of what You grant me,
To feel excited for each single thing You have prepared for me yesterday, today,and tomorrow,
To love the path that You choose for me,
To smile for whatever You give me,

Anytime,anywhere..

Please Allah..
Coz I really need it

~ALLAHUMMA MUSORRIFAL QULOOB, SORRIF QULOOBANA 'ALA TO'ATIK~

#nuhassilu biha birridho..#

Hujan




hujan
tak kira masa
tak kira keadaan

hujan
tak endah apa yang orang rasa
tak peduli apa yang orang kata

hujan
tak diundang
tapi mahu juga bertandang
tak dipinta
tapi mahu juga menerpa
sudah ku kata jangan
sudah kubilang hentikan
tapi tetap basah

hujan
rahmat tuhan
yang pasti tersirat 1001 ketentuan

hujan
bukan membicarakan yang biasa
tetapi kebiasaan bagi seorang wanita

hujan
sedang menghujan
berhujan dan kehujanan
mohon Dia beri aku kekuatan



#nuhassilu biha birridho..#

K.O.M.P.U.T.E.R

minggu exam yang datang menjadikan diriku agak ditekan dan tertekan. Ya, aku tau hampir semua merasakan yang sama. cuma kedatangan assignment dan FYP yang tak bergerak masa minggu exam ni membuatkan hati takut untuk ke sabah nanti. mampukah aku nak hadapi training yang agak mencabar selama sebulan ditambah development yang memerlukan waktu yang benar2 tenang bagiku untuk menyiapkannya. sebelum ini, impian dan perancanganku adalah untuk duduk bersama SV sewaktu penggal cuti semester.Namun segalanya terpaksa aku tukar rencana itu pabila daku terpilih untuk ke Infosys kelak

4 paper masih menunggu, SQA masih tingah separuh untuk disiapkan, coding asal untuk FYP masih ada lebih kurang 400 baris lagi untuk dilengkapkan, ditambah dengan idea pengubahsuaian coding yang masih meraba-raba mencari jalan. persoalan yang timbul, mampukah?mampukah?mampukah?

bila diimbas kembali, dengan ape yang aku duduki sekarang, akhirnya aku berjaya melengkapkan hampir 6 semester dalam kos ini. Berbaki 2 sem lagi; 1 sem thesis dan 1 sem praktikal untuk aku insyaAllah bergelar pemegang ijazah sarjana muda untuk sains komputer. Tapi apa yang merunsing dan meruncing di fikiran adalah mampukah aku?perasaan takut menyelubungi diriku tatkala masing2 menyebut soal mahu praktikal di mana selepas ini. Ya, sememangnya wajar untuk ku fikirkan sekarang, agar aku tidak kalut dan tidak salah memilih tempatku kelak.Prof ada juga bertanya adakah aku berminat untuk menjalani latihan industri di Australia. Cepat sahaja jawabku bahawa ku tidak mampu. Nampak sedikit kekecewaan pada raut wajah prof ketika itu. tapi bagaimana lagi harus aku katakan tatkala aku antara yang tenggelam dalam kalangan sahabat2 sekuliahku.Lebih2 lagi pabila membicarakan soal database, security, web development, dan seumpama dengannya.

hari makin menghampiri, dan seiring itu ketakutanku semakin menggamit jiwa.

apakah usahaku?apa persediaanku?

layakkah aku bergelar pemegang wisuda tatkala ditanya tentang komputer sahaja masih kecut dan kalut?

ya, walaupun aku sudah gusar untuk meneruskan latihan di sabah lantaran kawan sama tahunku yang menarik diri disebabkan kerisauan FYP, aku perlu juga teruskan. sebab aku tahu, aku perlukannya. aku perlu lebih kuat.aku perlu lebih hebat. supaya dengan itu aku bisa puas dan bangga dengan ijazah yang ku terima. supaya aku bisa berbakti untuk ummah tercinta.

kekuatan dalaman sangat2 penting kala ini. walaupun bila ditanya padaku akan apa perancanganku selepas ini, jujur aku katakan yang aku masih samar. sama ada mahu terus mengambil master sama bidang, atau mahu yang lain bidang yang memang ku minati, atau mahu ulang degree yang lain, atau mahu terus bekerja, atau duduk di rumah sahaja. hmm...

apapun.aku perlu fokus untuk peperiksaan dan assignmentku dulu buat masa ini.

yang lain letak tepi.tapi jangan jauh2.takut nanti aku yang berpeluh.

pejam mata.

fokus!



#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 18 Jun 2013

Missing them


#nuhassilu biha birridho..#





just missing u...
all of you...
missing my life before..
missing me...
the real me before...

momento...
=')

Rabu, 12 Jun 2013

Nak Marah??

Nak marah?
Istighfar3x....
mana tau kita pernah buat yang sama kat orang lain..
dan layakkah kita untuk marah?
Sedangkan dosa kita yang menggunung tinggi pun Allah masih kasihkan kita...
Bagi rahmatNya...

Nak marah?
Senyum..
Itu ujian..
dan bila kita ditimpa ujian,
senyum dan katakanlah "innalillahi wainna ilaihi rooji'un"

Nak marah?
Ambil wudhuk..
Sebab marah itu daripada syaitan..
dan syaitan itu daripada neraka..
neraka api..sejukkan dengan air wudhuk..

Nak marah?
tunaikanlah solat sunat dua rakaat..
Pohon kesabaran yang tinggi dalam menghadapi amarah..
"Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan kepadamu"

Nak marah?
Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan!
Sebab kita masih lagi berupaya mengawalnya..
Sebab kita masih waras..
Masih punya akal fikiran untuk menentukan..
Yang mana baik..yang mana buruk..

Nak marah?
Sabar..
Sebab apa yang kita hadapi tak sehebat Rasulullah alami..
Mana mungkin kita nak lempiaskan amarah kita sedangkan Rasul Allah ini tetap tegar dan sabar dengan hinaan manusia..

Nak marah?
tengok cermin..
cantikkah muka kita bila marah?
machokah?
lagi gerun adalah..
tak comel langsung..

Masih sanggup nak marah?
Tepuk dada tanya iman..
Ambik Quran baca banyak2..

“Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35).

#monolog lebih kepada untuk diri sendiri..

^_~

Wallahua'lam..
#moga bermanfaat



#nuhassilu biha birridho..#

Khamis, 6 Jun 2013

Mode Exam Semester 6

Bismillah...
Alhamdulillah..akhirnya siap jugak exam plannerku untuk sem ni...
seperti sem2 lepas juga memang aku perlu buat planner ni..
supaya aku dapat merancang pembelajaranku dengan lebih baik..
pun sepatutnya aku boleh memulakan study dengan lebih awal...
lantaran kemalasan tahap gabanku yang meronta2...
terpaksa aku tangguhkan niatku untuk belajar dan berehat dahulu di rumah tercinta...

bagi aku, lebih senang untuk belajar di rumah...
sebab di sini tiada yang mengganggu...
tv tidak menjadi masalah kerana jarang sekali kami membukanya oleh kerana ibuku juga sedang mengambil exam sem 4 nya di UPSI...
walaupun plannerku ini tak sesempurna mana kerana aku perlu sesuaikan juga dengan waktu pulang balikku, thesisku, dan jga macam2 faktor lain...
tp sekurang2nya ada asas untuk aku ikut...
semoga aku dapat lebih fokus dalam belajar dan memperbaiki pointerku yang lepas...
tp itu bukanlah tujuan utamaku...
yang penting...semua ini aku buat...mesti kuluruskan niat hanya kerana Allah...
untuk menimba ilmuNya yang maha luas...
untuk mengembalikan semula segalanya kepada ummah dan agama..
insyaAllah...
Semoga Allh permudahkan urusanku...
urusan kita..
urusan semua...
Ameen...

p/s: buat rakan2ku yang ditimpa musibah sewaktu minggu pembelajaran ini...jangan kalian rasa jatuh dan rebah...kerana Allah punya rencana yang lebih baik untuk kalian...kuat!sabar!bersyukurlah!pasti Allah akan kembalikan semula kepadamu sesuatu yang tidak disangka-sangka...

#teringat sem 4, tatkala aku terpaksa berulang alik dari nilai ke melaka pada study week dan minggu exam untuk menziarah menjaga arwah abahwe(atuk) dan makwe (nenek)...dan sewaktu minggu exam itu juga mereka meninggalkan aku buat selama-lamanya...Alfatihah untuk arwah berdua....Alfatihah untuk arwah Ayahku juga....


#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 5 Jun 2013

B.I.R.U -kuat atau lemah?

Minggu study week...

Baru harini terasa nak membuka nota2 untuk ditelaah.....sedangkan encik dan puan assignment masih beratur menunggu giliran untuk diselesaikan...belum lagi datin thesis yang dah tak sabar nak dikerjakan...itu pun masih terpengaruh dengan gangguan2 dalaman dan luaran...

Baru2 ni juga banyak berita2 kemalangan..hari isnin lepas sahaja aku dikejutkan dengan berita kemalangan dua sahabat rapatku...satu di sebelah pagi yang melibatkan kereta...dan satu lagi di sebelah malam yang melibatkan motor...sungguh...hati aku tak tentu hala ketika itu....macam2 perasaan berbaur....apepun syukur kupanjatkan kerana kedua2nya masih dapat menghela nafas menghirup udara milik sang pencipta....

***********************************

Biru..perasaan...emosi...rasa...
melemahkan atau menguatkan?

sebelum apa2..biarlah aku katakan di sini bahawa aku bukanlah individu yang arif lagi bijaksana dalam bab2 personaliti warna ni...ini cuma pendapat aku sebagai manusia yang hina lagi dina di hadapanNya...

bagi aku...ade pros and cons nye....terpulang pada kita bagaimana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian....sememangnya tatkala emosi menguasai diri...dan jiwa rasa tak tentu hala...menjadikan kita menyalahkan biru yang terdapat dalam diri kita..

salah biru kah?atau salah kita yang tak mampu untuk mengawal rasa?

biru tu penting...bukan sahaja untuk diri..untuk hubungan sesama manusia...malah juga untuk hubungan dengan sang pencipta...

kenapa aku cakap begitu?

biru...satu warna dominan yang melibatkan rasa dan emosi...
rasa kecintaan yang pada dasarnya wujud melalui warna biru...rasa keinsafan...

Hati...ya hati berkait rapat dengan warna biru....
hati yang menyerlahkan luaran diri...
baik hati..baiklah peribadi..
buruk hati....rosaklah peribadi...
dan Intelek pula berkait rapat dengan warna hijau... (tetibe..=p)



 kalaupun kita ini orang biru...tidak menjadi masalah untuk kita juga punya warna hijau, emas, dan jingga...sebab tulah pada amatan saya selama saya berada dalamKelab Pembimbing rakan universiti (PRU)...tidak pernah pula saya terjumpa dengan orang yang satu warnanya sahaja ada nilai dan yang lainnya kosong...mustahil..memang mustahil...sebab kita sebagai manusia ni Allah dah ciptakan sebaik2 dan seunik2 orang dah.....

kita tak boleh jadi diri kawan kita...diri mak kita..diri saudara kita..diri jiran kita...even diri kembar kita pun...sebab kita adalah kita..kita ISTIMEWA!=)

akhir kata....terapkan rasa syukur dalam diri.....jangan minta yang tidak2...kerna bila sesungguhnya apa yang kita minta itu dikabulkan...silap haribulan tak keruan kita jadinya....

think wisely....think positively....

tiada yang melemahkan...semua punya kekuatan dan kebaikan...hanyasanya sita sebagai hamba perlu lebih menyesuaikan dengan keadaan..

and lastly, sebaiknya stabilkanlah keempat2 warna yang ada pada diri kita itu....moga2 kita akan lebih pintar dan bijak dalam merealisasikannya..=)

maaf salah silap andai mengguris hati sesiapa...

#p/s: post ini ditulis hanya bertujuan ingin respon kepada sahabat yang seolah2 dalam keributan....moga2 lebih waras dalam berfikir dan tidak memandu emosi dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi...sori ya sahabat...moga Allah membantumu mendapat jawapan yang terbaik kepada segala masalah yang kau hadapi..Semanggi!! ^_^

mohon petunjuk Dia ya sahabat! =D


#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 26 Mei 2013

Tolak!!

Banyak sebab yg baik...yg boleh membentuk diri anda menjadi seorg yg positif...
Ketepikan suara2 penghasut dalam diri....
Apa??suara penghasut??
Ya..suara yg menjadikan kita resah...gelisah...tak tentu hala...
Suara yg mengaktifkan cas2 negatif dalam badan...
Denial voice etc...

Try to tell them to stop!
Stop telling me this n that!
Stop worrying me!!

Pilih yg mne perlu untuk kita fikirkan...dan yg mne x perlu untuk kita risaukan...

It takes a long time..for sure...
But it is not a waste to try...

Start now!!

Rabu, 22 Mei 2013

Nasi separuh

Sudah agak kelewatan..tatkala hampir pukul 12 td...bru selesai program d upnm...selepas keliatan dr jauh..byk gerai2 makanan membuatkn km bergegs ke sana...malangnye....hampir semuanya sudh habis...masing2 kelaparan..hampa...berkongsi brg sedikit apa yg ada untuk mengalas perut...

Sampai di usim,jam telah menunjukkan hmpir pukul 1 pg...aku bersama kak zu turun d akasia...berat trasa d kpla tatkala angin sudah memenuhi isipadu kosong...wajah kak zu yg kletihan membuatkn aku x smpai hati untuk makan barang ketika dan membuatku mengambil kputusan untuk pulang..dengan harapan ada lg nasi yg berbaki d rumah..

Sampai saja rumah...harapanku meleset..nasi sudah habis...yg ada hanya beras yg perlu ditanak semula..ku pujuk hati untuk tenang..sengaja ku sms shbt2 yg lain..bertanyakn adakh mereka pergi mkn atau tidak...

Satu sms dr shbt kecilku membujuk diri di saat kesayuan..

"Tidur dlm keadaan lapar itu sunnah nabi"

Tak tahu mengapa...senyum...rasa bertuah kerana dpt tahu dan bkl diaplikasi...dalam pada aku sudah boleh terima dan ingin melelpkn mata, tiba2 Allah berikn ingtnku kpd nasi bungkus semalam yg kusimpan dalam peti ais....

Aku memanaskn nasi sparuh itu dan alhmdlh dapat mengisi perutku yg lapar...

:)
:)

Baiknya tuhan kita kn?

Tq so much Allah!!

T.E.R.H.A.R.U..:')

Jumaat, 10 Mei 2013

silent...

bismilahirrahmanirrahim....

tarik nafas......lepas....tarik nafas..lepas....

Alhamdulillah....tq Allah for this tears..
I can imagine how this world without you...
Because you are my savior...
I love you Allah!!
=')

Yup..
Even I try to share with others...
I can't get much as I myself didn't know how to start...
I feel that somehow it will effect other's feeling also...
So i just keep silent...
And silent...
And silent...
shh.......

=')

not all people will understand me...
so do I...
but What I know and understand..
that Allah understand me 100%!
even more than that!!

tq Allah=')

Problems make me stronger..
The tears make me feel better...
Monologue will slowly recover my feeling..
Make me count how is my Iman level right now...

Smile...=)



#nuhassilu biha birridho..#

Sabtu, 4 Mei 2013

Adilnya Allah!

Nabi musa a.s pernah bermunajat d bukit tursina memohon ALLAH menunjukkan keadilanNya kepa nabi musa a.s..

Allah berfirman kepadanya,"jika aku menampakkn keadilanku kpdmu..kau akn tidak dpt bersabar dan tergesa2 menyalahknku...

nabi musa memberitahu bhawa dia akan dapat bersabar dgn taufik daripada Allah..

ALLAH menyuruh nabi musa a.s untuk pergi ke tempat yg ada mata air dan bersembunyi berdekatan tempat tersebut bg menyaksikn apa yg bakal berlaku...

Tiba2,,dtg seorg penunggang kuda..dia berwudhuk dn minum air..dan bersolat sambil meletakkn karung berisi 1000 dinar di sisinya..dan terlupa mengambil kerana terburu2 pergi..

Kmudian..datang seorg ank kecil..dia minum air dan mliht karung yg dtingglkn..dia ambil karung itu dan trus berlalu dr tmpt itu..

Datang pula seleps itu seorg lelaki buta..minum..berwudhuk..dan bersolat..selesai solat,penunggang kuda itu datang kembali..

Dia menuduh lelaki buta itu mengambil karung dinarnya walaupun dia tahu lelaki itu buta..dengan alasan hanya si buta itu sahaja yg ada d situ dan mengmbil dgn tgn bukn dgn mata...

Oleh sebb terlalu marah..penunggang mmbunuh si buta..dan selepaa mencari karung tiada..dia berlalu pergi..

Nabi musa a.s yg menyaksikan kejadian itu kaget dan mengakui sememangnya peristiwa itu menguji kesabarannya..namun dia yakin bahawa tuhan itu maha adil..

Lalu jibril a.s dtg untuk menjelaskn apa yg berlaku...

-ank kcil itu hnya mengambil haknya semula..sebb dhulu ayah budak itu pernah bekerja dgn penunggang tu tp x pernah dbyr gaji..dn jumlah dlm karung sbnrnya sama dgn jmlah yg perlu dbyr

- llaki buta itu sebenarnya adalah pembunuh ayah kpda anak kecil itu sebelum dia buta...

Nampak tak di situ apa yang berlaku?

Banyak perkara yg terhijab dari pandangan kita...kerana kita hanya manusia yg lemah..

Apa yg penting,usah mudah melatah dengan apa jua nikmat,ujian,musibah yg kita dapat..yakinlah!Allah itu maha adil..tiada yg lebih adil daripadaNya..

Moga Allah redho..

Wallahua'lam..

Rabu, 1 Mei 2013

Just smile..

Currently in Kelantan...preparing for my little brother's study...alhmdlh finally with his own effort then he manage to reach here...praise to Allah..
Actually i just wanna smile:)
:)
:)
:)
I love to interact to other people...be friend with many kinds of people..yet I realize that all these people become my perfect teachers of life..it doesn't matter either he or she..small or big...all of them become my teachers..and I am grateful..^_^
Sometimes...people around me reflect my past...what happened to me before,do happen to them now...and then make me smile :)
Thats why i'll try to do something for them...so that they'll don't make wrong decisions..although diz will make them hate me..its ok..that makes me just smile...
:)
:)
I am just a big sister or most likely a mom who didn't want their child to do something becoz of me that have known the effect of it....so...just smile... :)
Hope Allah ease us...
Moga Allah redha... :) :) :)
P/s:sorry...broken English..huhu

Selasa, 30 April 2013

Duhai insani..

Duhai insani..
Tatkala hatimu terasa remuk..
Jgnlah hanya duduk terperuk..
Kerna kau patut sedar..
Mungkin kau pernah melakukan yg sama pada yg bernama makhluk..
Duhai insani...
Tatkala jiwa berasa serabut..
Janganlah kau seenaknya merungut..
Kerana mungkin imanmu susut..
Sedang kau tenggelam dalam kemelut..
Duhai insani..
Pabila ada yang menyakiti..
Beristighfarlah dalam hati..
Kerana ALlah seringkali mengampuni..
Waima manusia sering mengingkari..
Duhai insani..
Usah terpandu helah musuhmu..
Yang amat licik setiap waktu..
Dia, si syaitan laknatullah itu..
Selalu sahaja melepaskan peluru..
Si iblis gembira bukan kepalang..
Pabila melihat nak adam kecundang..
Memecahkn ummah bersepak terajang..
Manusia berbalah dialah pemenang..
Astaghfirullahal'azim....3x
Ku pesan buat daku dan diri kalian..
Agar tak hanyut dalam perasaan..
Agar tak rebah dalam sekelumit kekecewaan..
Kerana kita punya misi besar yg perlu diutamakan..
Menjulang Islam di persada impian...
Moga Allah redha...

Sabtu, 27 April 2013

Memori

Seretan itu...
Tiada yg indah melainkn hanya bingitan nada..
Yg padanya mencamuk rasa..
Namun ia menjadi sorotan kenangan..
Yg mendodoi membuai igauan..

Kau hadir menyinar malam yg sedia kelam..
Membungkam jiwa namun melerai gelora...
Tatkala tiada bahasa yg mampu menafsirkannya...

Dia beriku pinjam kau buat seketika..
Untuk mendidik jiwa yg tidak bernyawa..
Agar kembali menghirup udara sepi dan bahagia...

Dalam kekalutan emosi mainan hati...
Akal terbaring lesu tak bertepi..
Namun hadirnya insan melagukan irama syahdu...
Mendodoi sukma yg dilanda sendu..

Terima kasih atas anugerahMu..
Beriku peluang  barang ketika..
Untuk merasa nikmatnya bahagia sedetik masa..
Biar jauh asal dekat..
Biar berombak asal tenang..

Moga kalian sentiasa dalam rahmat kasih ilahi...

Moga Allah redha...

Rabu, 24 April 2013

Berfikirlah!

Salam Ukhuwwah..


Sememangnya kita semua telah diberikan akal yang hebat oleh Allah pencipta kita..pun begitu, seringkali kita terpesong dalam menggunakan akal...kerana tidak menyandarkan pemikiran pada wahyu..pada syariahNya...menjadikan kita tersasar dari landasan...kerana tatkala itulah, syaitan sedaya upaya cuba untuk menyuntik jarum-jarum mazmumah ke dalam jiwa kita...

Gunakanlah akal yang diberikan Allah dengan sebaiknya...Usah terkalah dek godaan yang memunah..Kalaupun tergelincir, sepat-cepatlah berpaut...agat kita tidak hanyun ditelan arus yang penuh mehnah....

Perjalanan ini benar...tidak mudah...tapi tugas kita adalah untuk berjuang dan terus berjuang...jangankan pernah terfikir untuk berhenti..kerana berhenti bererti mati...bila mati..pastinya tidak berguna lagi..na'uzubillah...

Pilihan di tangan kita...
Syariah ataupun nafsu..
Tiada yang tengah..
Kerana di antaranya wujud jurang yang amat luas dan dalam..

Kembalikan segalanya kepada Allah..mintalah padaNya...nescaya Dia akan memberikannya kepadamu...



#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 23 April 2013

Pagi....

Alunan zikir di hening pagi..
Terasa damai kala sunyi..
Menggamit rindu pada ilahi..
Meratib asma di hela nafas berbunyi...

Kembali mengumpul kekuatan...
Mencari redha padaMu Tuhan...
Walaupun pandangan mata tak kesampaian..
Namun hati tidak pernah terasa kesepian...

Tatkala menanti penyaksian yang nyata...
Alunan kalamMu menyemai rasa..
Menjadi diri tiada terlupa..
Buat insan bernama manusia...

Moga Allah redho...

Sabtu, 20 April 2013

Kerana Cinta itu punya Kuasa..



takrif CINTA bukan hanya pada bingkisan kata..
takrif CINTA bukan hanya pada pesona mata...
takrif CINTA bukan hanya pada bisikan sukma...

CINTA adalah segalanya..
Milik Yang Esa..

Tiada siapa mampu mentakrifkannya..
Hanya Dia yang mengetahui keseluruhannya..

C.I.N.T.A
Rahsia Indah milik ilahi....


terasa sudah terlalu lama aku tidak membicarakan tentang cinta....
Satu Kalimah yang hidup lagi bernyawa..
Malam ini mngingatkan aku pada pelbagai kisah suka duka,,,
sememangnya aku tidak berdaya jika tidak bergantung padaNya...
Terima kasih Allah sebab beri aku merasa itu semua!

hurm...tiba2 hujan...lebat seketika...rintik seketika...
teringat memori lama,,,
Ku pohon kekuatan dariMu..


#DaripadaNya kita datang..dan kepadaNya jualah kita kembali..




#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 16 April 2013

Rizki...


Mengetahuinya membuatkanku terkedu...
Mengenangnya terasa pilu..
Menerimanya menjadikanku terharu...
Memikirkannya mengundang sayu....
Sungguh aku keliru..



Sungguh,,
Layakkah aku?
Walhal aku bukanlah siapa2..
Aku tiada apa lebihnya..
Aku cuma biasa2...

Namun Kau lebih arif tentang segala sesuatu..
Ya..aku akur..
Semoga Kau redho akan diriku dan yg lain...


*Ya Rabb, Akalku Terhad Ilmuku Dangkal...

#LaHaulaWalaQuwwataIllaBillah...


Rabu, 10 April 2013

Lahir dan mati


Alhamdulillah...sampai jugak ke rumah tercinta setelah seharian travel ke melaka...
tapi satu peristiwa yang buat hati tersentak tadi..

*****

hujan lebat...kereta pun banyak...laju semuanya....tiba di satu persimpangan...kereta tiba2 menjadi perlahan..mengapakah?

masing2 berebut untuk berada di lane yang betul kerana jalan yang ditutup di kiri dan kanan agak luas...

nampak kereta tersadai di bahu jalan simpang tersebut..
mungkin kemalangan..gumamku..

di kejauhan ternampak sesuatu yang tertutup dengan kanvas hitam..
apakah?mungkin mangsa...innalillah..

tiba2 macam ada sesuatu di atas jalan di sebelah keretaku..
sewaktu aku juga sedang sibuk masukk ke lane tengah..

panjang....merah....bersepah.....
usus manusia!

astaghfirullah...
terkedu+terkejut+terdiam...

"sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati"

peristiwa itu membuatkan aku berfikir sepanjang jalan...
bagaimanakah pengakhiranku kelak?
bila dan di mana?

moga Allah merahmati si mati tadi dan kita semua..

Al-fatihah..


***********

muhasabah di hari lahir..
Allah bagi ingat tentang mati dengan peristiwa itu..

tq Allah dengan kesempatan hari ini...

moga umurku bermanfaat....
T_T




#nuhassilu biha birridho..#

Selasa, 9 April 2013

Kawallah emosimu....

"undesireble feeling is sometimes very annoying!
why must I  feel that way?
does it makes sense at all?
why I need to be bluish at this moment?"
hurm...

kadang2 tanpa kita sedari..
emosi lebih mudah menguasai diri daripada akal yang waras..
kerana perasaan yang sering berubah-ubah dek masa dan ketika..
entah mengapa..
kadang2 rasa hati yang mengawal jasad..
bukan syariat yang menjadi landasan hayat...

kenapa perlu cepat ambil kira neraca manusia??
sedang neraca Tuhan dikerling sambil lewa??

aku bukan siapa-siapa untuk pantas berkata-kata..
cuma terkadang memikirkan tentang emosi yang mudah terbawa-bawa..

ya aku wanita..
tapi itu bukan alasan untuk aku hanya mengikut rentak irama..
ada juga yang sumbang kalau belajarnya pun songsang...

aku perlu ada pegangan
supaya tak mudah tersasar di persimpangan!

#sorry to all my friends for the immature feeling sepanjang perkenalan kita semua....
kredit


"Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan.."

aku mahu berubah!
moga Allah redha..


#nuhassilu biha birridho..#

Rabu, 3 April 2013

Yuk hidup dalam kasih sayang Tuhan! ^_^

kasih Ilahi..
tiada terbatas seiring meluas..
selalu memukau tidak terjangkau..
Penghibur lara setiap masa...

Namun seringkali manusia dahagakan kasih selainNya..
Lebih daripada yang selayaknya...
Kerna itu yang terzahir di mata..
walau hakikatnya sukar dipercaya..
lantaran diri sering terpedaya...

Yang pasti...
jika mendamba kasih yang Esa...
Hati tak mungkinkan merana..
Jiwa tak mungkinkan berduka...
Sukma tak mungkinkan terkecewa...
kerana hadirNya...
mendamaikan rasa...
menenangkan segalanya...
meleraikan gelora....

Mungkin sekadar coretan kata-kata..
Pasti tak bisa mengungkapkan curahan kasih yang berganda-ganda...
kerana ianya suatu yang tak nampak di mata...
tapi kesannya menusuk raga....

Yuk hidup dalam kasih sayang Allah!

=)

~hanim yusra~
11.20 p.m
Nilai


p/s:rajin2lah berdialog denganNya...mengadu padaNya...'dating' denganNya di malam yang hening...menghayati ayat-ayat cintaNya....pasti akan berasa kemanisan hidup keranaNya...insyaAllah=)

mode:mencuba dan terus mencuba...



#nuhassilu biha birridho..#

Ahad, 31 Mac 2013

Buat jangan tak buat



ada segolongan
suka berkata2...
tapi jarang satu pun yang terkota..
suka menasihat..
tp sukar satu pun yang dinasihat dalam hati sendiri terpahat..
suka menegur...
tp tubuh sendiri yang kaku terkujur..

ada pula segolongan..
takut berkata2..
kerana anggapnya padah tak terkota..
takut menasihat..
nanti bila tak terbuat orang kan meluat..
takut menegur..
nanti diri sendiri yang melebur...

ayuh cubalah yang ini..
sama nasihat, mencuba buat..
kalau salah sendiri, cuba akui..
belajar mandiri, syariat dipatuhi..


kalau susah, perlu mencuba..
jangan hanya berkata tanpa apa2..
biar seiring dengan usaha...
kerana sesuatu yang kita perkatakan seringkali Allah uji kembali kepada diri sendiri..
bukan untuk menakut2kan...
hanya agar kita sentiasa hidup dalam kasih sayang tuhan...=)
#semanggikearahgenbat#


p/s:penulisan lebih terarah kepada diri sendiri yang sering alpa bila berhadapan dengan pelbagai situasi..

#nuhassilu biha birridho..#

Jumaat, 15 Mac 2013

Belajarlah untuk menerima..

staying here...
actually wanna go home...but in sudden have appointment in teaching photoshop.....
so gotta stay here for a moment
its ok coz i love to....

adeyh...lemah senanye nak tulih bahase inggeris....
bukan sebab malas ke ape...
cume rase lebih bersastera bila tulis dalam bahasa melayu...hehehe
but day by day insyaAllah, I'll mix the language...=)


hurm..
terlebih dahulu mohon maaf kepada semua...sebab tak dapat nak proceed untuk penulisan Sri Lanka tu....bila dah masuk sem 6 ni...serasa kurang berkesempatan untuk meneruskan penulisan tersebut.....tp tak mengapalah...kalau ade mase, insyaAllah saya akan cuba juga tekankan atau sebutkan tentang sifat2 dan nilai2 Islam yang ada di sana...

BELAJAR UNTUK MENERIMA....

kadang2 bla kita dah sayang kat seseorang tu....kita sanggup buat apa sahaja untuk orang tu...dan kita akan rasa yang orang tu takkan sanggup buat kita sedih...sebab kita dah 'all out' untuk dia.....dan apabila orang itu buat sesuatu yang melukakan hati kita....kita akan kecewa yang teramat sangat...sebab semua tu langsung tak kita jangkakan......tapi hakikatnya....itulah yang tidak disarankan untuk kita menyayangi seseorang itu seca keterlaluan....sebab bila tiba suatu saat seperti tadi, akan buatkan kita tak boleh nak terima kesalahan orang tu dan sedikit demi sedikit kekecewaan itu menimbulkan daya penolakan dalam diri kita kepada orang tersebut....

di sinilah perlunya belajar untuk menerima....dan menerima itu perlukan suatu pernyataan dan hakikat...bahawa kita semua hamba....manusia yang khilaf....selalu saja ada kesilapan yang berlaku dalam kehidupan kita....dan bujukan itulah yang kita perlukan untuk hati.....supaya kita tidak terus-terusan untuk berfikir yang bukan2.....kerana kita perlu sedar.....dalam kita nak memikirkan hal itu, ada perkara yang lebih aula untuk difikirkan....masalah UMMAH...bukan hanya bertanya..."kenapa dia buat begitu?" atau "sanggupnya dia!"...dan apa2 apa sahajalah yang sewaktu dengannya....

Ingat!Allah itu tuhan kita....raja alam ini...dan cinta sepenuhnya itu hanya layak buatNya....bukan untuk makhluk yang hina-dina seperti kita.....T_T

BERSEDERHANALAH!

insyaAllah pasti hidup kitakan lebih tenang...



p/s:coretan lebih terarah kepada sang penulis..doakan yang terbaik ya....wallahua'lam




#nuhassilu biha birridho..#